Tak kira dimana saja sekarang semua orang bercakap hal politik.Di fb,blog dan dalam tv,dalam surat khabar tiada lain melainkan politik belaka.Ini yang best jadi orang Malaysia hikhik.Cm pernah tanya rakan baik Cm,sokong parti mana..katanya undi adalah rahsia...pastu dia cakap ###$$%@& apa lah tak adil..kejam..rasuah..*&%###$$.yoyayoya....hmm bukan rahsia lagi :)
Lepas borak-borak pasal politik tentu tekak rasa haus dan perut pun rasa lapar kan..Jom kita pekena nasi tumpang dengan kopi O kaw kaw.Ini pun salah satu makanan kegemaran Cm masa kecik kecik dulu.Selalu beli di sekolah.Harga cuma 10 sen satu...jangan terkejut tu kira kira 46 tahun yang lampau masa Cm sekolah rendah.Ramai yang belum lahir lagi kan masa tu :)
Sepatutnya guna gulai udang tetapi kerana suami Cm tak boleh makan udang jadi Cm masak gulai ikan .Orang Kelantan panggil Gulai Kunyit Kuah (Gulai Kunyit Lengkuas).Cm ambil isi ikan dan kuahnya sahaja.
Gulai Kunyit Lengkuas.
4 ekor ikan kembung-rebus dengan sedikit air,garam dan asam keping.
5 ulas bawang merah.
Sepotong kecil Kunyit hidup.
Sepotong kecil lengkuas.
7 tangkai cili kering.
1 keping asam gelugur.
1 biji kelapa ambil 2-3 cawan santan.
5 biji kacang panjang.
3 biji cili hijau.
Garam dan gula secukup rasa.
Cara-caranya:
- Kisar kunyit,lengkuas,bawang merah dan cili kering.
- Masukkan santan kedalam periuk dan campurkan dengan bahan-bahan kisar.
- Masak sehingga mendidih.Kemudian masukkan ikan yang direbus tadi.Jangan lupa toskan airnya ya.
- Masukkan garam,gula dan asam keping.Sentiasa di kacau perlahan-lahan agar kuah tak berketul-ketul.
- Akhir sekali masukkan cili hijau dan kacang panjang.
- Biarkan mendidih sekejap.
Serunding ikan Tenggiri-beli :)
Kelongsong Daun Pisang.
Nasi.
Bahan-bahannya:
1 cawan beras.
3 cawan air.
Cara-caranya:
Masak nasi seperti biasa.Apabila telah masak kecilkan api.Setiap 5-10 minit hendaklah mengacau nya dan tekan-tekan agar nasi hancur.Tutup periuk dan lakukan beberapa kali proses yang sama.Akhir sekali sudukan sedikit nasi kedalam kelongsong daun pisang dan tekan-tekan dengan sudu agar nasi padat dan masuk sehingga ke hujung kelongsong.
Kemudian sudukan sedikit serunding keatasnya.Masukkan lagi nasi keatas serunding dan tekan agar padat.Last sekali letakkan isi ikan dan sedikit kuah keatasnya.Tutup kan dengan kemas.Tunggu sehingga nasi agak sejuk,bolehlah dihidangkan.
"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets .
uniknye... teringin nak rasa... ^_*
ReplyDeleteSalam CM,
ReplyDeletesedapnya nasi tumpang bikin sendiri! Teringat arwah mak dulu buat banyak2 untuk keluarga kami, setiap seorang mesti dapat sekurang2nya dua kelongsong! Diri sendiri setakat ni belum lagilah cuba buat sendiri. Tengok CM buat terliur jugak nak buat!
aiyoo, saya suka sangat ini, tentu nak cuba ini, tapi lambat sikit. tak payah kukus, cuma masuk dengan nasi masak saja, lagi senang..yang itu saya cuba di Kelantan, rasa macam nasi impit.
ReplyDeletebaru penah nampak..sangat unik..
ReplyDeleteSalam kak CM...sedak weehh!sekarang nasik tuh dah rege RM1 satu..sesetengah tempat rege RM2..kalau balik kampung memang carik nasik nih....ingatkan susah nak buat, rupe2nya...tak lah rumit sgt!
ReplyDeleteCikManggis, I really can't came to your blog pagi pagi. Bukak your blog saja nampak ni :o meleleh air liur. I mula mula pun plan nak buat ni tapi kan the banana leaves here tua and keras even lepas it layukan. So nak buat cone shape macam ni memang susah end up all pecah so last last tak buat. Tak apa I am so glad you buat ni for the MFF event. Thank you for your support :) :)
ReplyDeleteSedapnya nasi tumpang... serius pestime tengok... nmpk best laaa...
ReplyDeleteCM, teringin lah nak makan nasi tumpang. Tapi pemalas lak nak buat sendiri sebab tu lah PH nak pakai tumpang makan hee..hee...
ReplyDeleteeeii..suker..suker..teringat zaman belajar kt kelantan dulu..mmg pepagi selalu bekfes nasi tumpang nih..bestnyer!
ReplyDeleteAssalamualaikum kak CM...saya pun pernah dengar cerita kawan dari Kelantan pasal nasi tumpang ni...Diorang makan as breakfast juga kannnnnn
ReplyDeleteAssalamualaikum CM.. K1 nk tumpang makan bole ;)
ReplyDeleteAiyo...wishing I am living next door. haha...Your nasi tumpang looks perfect. Honestly, I have not tired before. haha....
ReplyDeleteKristy
salam kenal CikManggis..sedapnya nasi tumpang! Gulai kunyit lengkuas tu menggoda betul la..
ReplyDeleteTiko duk klate make sokmo, tapi sejak duk KL ni nak cari susph wehh ...
ReplyDelete