LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, March 22, 2013

Moi



Assalamualaikum an selamat sejahtera.

Cuaca hari ini sungguh panas dan tekak sentiasa haus.Rasanya tidak sesuai untuk menu yang bergoreng ,pedas atau berminyak.Jadi untuk makan tengahari kami nanti Cm hidangkan bubur nasi daging.Ini menu kegemaran suami Cm.....
Bahan-babahanya:

2 cawan beras.
2 litre air.-jika perlu boleh tambahkan air panas semasa memasak.
sedikit garam.
3 keping hirisan halia.
1 batang karot-potong dadu.
1 cawan daging-potong kiub.
4 ulas bawang merah-hiris dan goreng untuk dijadikan bawang goreng.
1/2 cawan kacang tanah.
2 ulas bawang putih.

Hiasan & tabur.
Bawang goreng.
Daun bawang potong kecil.

Cara-caranya:

Cuci beras dan masukkan kedalam periuk bersama air,daging,bawang putih,halia,kacang tanah  dan garam.Masak sehingga beras kembang.Kemudian masukkan karot.Biarkan mendidih diatas api sehingga menjadi bubur.Jika nampak terlalu pekat tambahkan air panas.

Cm suka bubur yang agak cair tapi terpulanglah pada selera masing-masing.Jika ingin kan perisa bolehlah di masukkan satu ketul kiub  pati ayam kedalam bubur daging ini.

Last sekali apabila bubur dah masak bolehlah masukkan bawang goreng dan sedikit lebihan minyak goreng bawang tadi agar bubur bertambah wangi.Kacau hingga sebati dan sedia untuk dihidangkan bersama-sama sayur ,telur masin atau apa-apa saja  yang anda suka :)


Selamat menjamu selera semoga rezeki yang kita hidangkan untuk anak-anak atau untuk  keluarga kita semuanya dari  rezeki yang halal dan penuh keberkatan...Bismillah......

14 comments:

  1. Sedapnya moi... lama tak buat moi... tapi kat umah ni kalau buat moi tak bape laku.. jenuh nak abiskan sendiri... pssttt.. lawa periuk tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sekarang kami (3 org) memang suka makan bubur.Tambahan jika bubuh daging atau ayam.Habis licin.

      psst piok besi :)

      Delete
  2. salam makcik,
    apa kabar?
    sedapnya moi tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Dee.Alhamdulillah sihat walafiat.Semoga Dee pun begitu ya :)

      Delete
  3. Dulu bila orang sebut Moi .. saya tak tahu masak apa tu.. bila tengok gambar baru tau.. macam bubur...

    Sedap tengok Moi CK tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak Cm di ajar makan bubur semasa kecik dan bila dah besar pun mereka masih sukakan bubur :) masakan yang senang.

      Delete
  4. CM, sekali sekala makan moi sedap, kan? Kalau ada telur masin lagi best. Masa PH kecik-kecik dulu, tak suka moi. Bila dah tua-tua bangka ni barulah appreciate moi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tua bangka?hehe belum bangka lagi Ph hikhik.Ph masih muda...Ya jika ada telur masin dan sambal cili api lagi umppp

      Delete
  5. Oh tambah pakai air panas ya.
    Anak-anak semua demam, batuk selsema sekarang. Nak kena masak bubur ni. Ilhan selalu kalau lalu highway ke Putrajaya dia cakap nak pergi rumah Tok Mama lagilah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tambah air biasa pun boleh tapi jika tambah air panas cepat mendidihnya.ya..jika demam atau sakit kerongkong makcik selalu masak bubur.Tukar-tukarkan rencahnya..ayam,daging atau isi ikan tenggiri.Sedap.

      hehe Ilhan ingat ya..Ilhan budak baik.Makcik dapat lihat dia tak banyak kerenah.Masa duduk kat atas dia hanya tengok si abang main game.Senyum je.Rayyan n abby pun baik sangat.

      Delete
  6. Mmm sedapnya bubur ni. Dah lama pulak tak makan bubur proper.
    Last buat bubur... sebenarnya menghabiskan baki nasi arab dan kambing di dalam peti sejuk, saya campurkan stok ayam dan adjust sedikit dengan rempah. Tapi tak ingat dah rempah apa, main campak je. Oh ye, dan sedikit kicap. Pelik kan tapi alhamdulillah Papa Pongkey makan dengan berselera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah sungguh kratif tu mama pongkey,nasi arab kambing jadi bubur.mesti sedap sebab ada rasa rempah.Bijak :)

      Delete
  7. Ermmm...sedapnya hirup bubur time panas2 gini kan... nak moi semangkuk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gee..mai le umah makcik :) nak hidang bubur lambuk pulak lepas ni hehe.

      Delete