Alhamdulillah kami dan siap bersarapan.Nasi Lemak Kuning Tumis.Selalunya Cm masak nasi lemak biasa yang tidak ditumis atau dalam kata mudah main campak semuanya ke dalam rice cooker..santan,beras,garam,daun pandan dan halia ketuk.Senang....Cm juga pernah masak nasi lemak hijau tetapi Si adik cakap dia tak suka kaler hijau ni..mungkin sebab jarang makan nasi seperti itu....Hari ini Cm cuba masak nasi yang berwarna kuning pulak....
Cm menggunakan beras siam cap angsa emas untuk memasak nasi lemak pada kali ini.Berasnya sungguh cantik dan peroi.Terima kasih pada Bundo kerana Cm dapat idea nak masak Nasi Lemak Kuning apabila selongkar dapur Bunda tadi:)..terima kasih kak pah dan juga Tuan Asalnya Anim.Alhamdulillah sedap.
Nasi Lemak Kuning:)
Asal:Dapur Bundo & Anim.
Bahan-bahannya:
3 cawan beras Siam
8 cawan air..(Bergantung pada jenis beras yang di guna)
1/4 cawan santan pekat.(Boleh tambah santan jika suka nasi yang lebih lemak)
Minyak jagung untuk menumis.
4 ulas bawang merah-mayang.
3 ulas bawang butih-mayang.
1/2 tsp serbuk kunyit.
1 inci halia-mayang halus.
1 batang serai.-ketuk
1 ketul kecil halia-ketuk.
3 helai daun pandan.
garam secukup rasa.
Cara-caranya:
- Panaskan minyak didalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dimayang hingga wangi.
- Masukkan beras dan kacau hingga sebati,Kacau kacaukan sekejap lebih kurang 3 minit.
- Pindahkan beras kedalam periuk letrik.
- Masukkan air,santan,halia ketuk,daun pandan,serbuk kunyit ,serai dan garam.
- Masak nasi seperti memasak nasi biasa.
- Sedap dimakan bersama sambal sotong,ikan bilis goreng,kacang tanah goreng,hirisan timun dan telur rebus.
boleh try ni =)
ReplyDeleteramai da geng blogger buat nasi lemak kuningni...
ReplyDeletebila la saya rajin nak buat ni=)
Salam makcik.... si adik tidak suka warna hijau yer? hehe
ReplyDeleteNasi lemak kuning napak meanrik sekali, minggu leapa Tummy masak nasi kunyit pula :)
minta izin nak masuk MMM ya?
Cm, belawan dengan nasi shrek kakpah haha.....
ReplyDeleteSalam cm...nasi lemak hijau saya pernah buat,ini kuning pulak nanti kena cuba.
Deletelain kali saya pun nak masak Nasi Lemak kuning ^_^
ReplyDeleteMakcik manggis dah ada rival
ReplyDeletehttp://babymaryam.blogspot.com
Teringin pula nak makan nasi lemak tengok ni. Tapi sekarang ni hidung sensitive pula bau tumis-menumis ni. Pertama kali dengar beras siam cap angsa emas.
ReplyDelete