Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Bila lihat menu Pais Ikan ini ,terkenang masa kecik kecik dulu.Emak suka sangat masak pais ikan putih yang hanya terdapat di musim tengkujuh sahaja.Pais ikan yang agak special kerana ianya dibakar atas bara api bukannya di kukus baunya sungguh sedap......Masyallah sedap sungguh makan dengan nasi panas dalam musim hujan....hanya tinggal kenangan kerana orang yang menjual ikan putih tu sudah tiada lagi sudah lama meninggal dunia..Al fatehah buat arwah Kak zah Rohim.....Sebak:(...dia lah yang selalu jual ikan putih tu.....
Bahan-bahannya:)
3 potong ikan tenggiri.
5 tangkai cili kering.
5 ulas bawang merah.
1 ulas bawang putih.
1 helai daun kunyit.
1 inci kunyit hidup .
Sedikit belacan.
garam dan gula secukup rasa.
Beberapa biji limau kasturi.
2 batang serai.
1/2 biji kelapa parut-putih
Daun pisang secukupnya.
Lidi untuk penyemat.
Cara-caranya:
- Ikan dicuci bersih dan di potong kiub.Sepatutnya biarkan sekeping tapi daun pisang yang ada tak cukup besar untuk bungkus sekeping ikan.Perap ikan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
- Daun kunyit dimayang halus.
- Kisar bawang putih,bawang merah,kunyit,belacan dan serai hingga hancur.Gaul bahan-bahan kisar dengan kelapa parut ,garam,daun kunyit dan gula hingga sebati.
- Masukkan potongan ikan.
- Ambil ikan dan bumbunya.balut dengan daun pisang.Semat dengan lidi dan kukus hingga masak.
- Hidang bersama dengan perahan asam limau kasturi.Siap untuk di gandingkan dengan nasi panas..yum..yum..
Assalamualaikum CM,
ReplyDeletepagi tadi tngk rancangan dapur nyonya TV3, ada resepi pais ikan, berangan terus nak buat.tapi takde daun pisang, lenkali nak buat ikut resepi ni..sedapnya tngk..
salam akak...saya pun suka ikan pais ni..tp kalo kat kg saya ada dijual ikan pais yang kecik2 macam ikan bilis tu...sedap...nostalgia semua tu...
ReplyDeletemasakan malaysia ke kak cek? tun mcm pernah ternmpk dlm buku koleksi masakan johor, tp bape sure pulak. xpernah makan lg pais ni. pernah dgr je.
ReplyDeleteeh.. salh taip rasanya td. nk tanya masakan johor ke.. hihi
ReplyDeleteyum yum... sedap.
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletemaaf saya katakan
saya teak pernah makan
lagi masakan sebegini..
he he..kira JAKUN gak
la nih..huhu..
tapi kelihatan sedap je
air tangan empunya blog nih
Oo.. ingatkan kena hancurkan ikan tu.. eh.. dah jadi serunding la pulak kan.. pais o pais...
ReplyDeletesedapnya makcik cm ... nanti nk try la wat.. mohon halal resepi yer :)
ReplyDeletesedapnya, nak try buat la..
ReplyDeletePais ikan kena pulak dengan hirisan limau,mertua lalu tak nampak hehehe...
ReplyDeletecm, this looks so delicious..i hope i can try this one day!
ReplyDeleteTak pernah cuba. Terliur tengok.
ReplyDelete