Monday, March 26, 2012

Murtabak Ayam.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Selamat tengahari semua dan selamat berpuasa Isnin pada kawan-kawan yang berpuasa.Semoga puasa kita mendapat berkat dari Allah Taala dan diterimaNya.Insyallah.

Setelah mencuba resepi roti canai tempohari tiba-tiba teringin pulak untuk buat murtabak ayam sendiri.Seronok apabila doh roti canai hari tu cantik dan tak cepat terkoyak.(elastik)


Bahan-bahan untuk dohnya sila lah KESINI ya:)

Bahan-bahan untuk Inti:)


500 gm daging ayam cincang.
2 labu bawang besar-cincang.
2 ulas bawang putih-cincang halus.
2 bili cili hijau atau cili masak-potong halus.
2 tbsp rempah kari daging -Cm guna cap Adabi.
1 tbsp sos tomato.
2 biji telur.
2 tsp serbuk lada hitam.
Garam dan gula secukup rasa.
Minyak untuk menumis.


Cara-caranya:)



  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih,cili hijau atau cili masak  dan bawang besar hingga layu.
  • Kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.Masak hingga rempah kari betul-betul masak.
  • Masukkan daging kisar dan sedikit air serta garam,sos tomato ,gula serta serbuk lada hitam, kacau hingga sebati.
  • Kecilkan api dan masak sehingga kering .
  • Akhir sekali pecahkan 2 biji telur dan masukkan kedalam inti.Kacau hingga rata.
  • Tebarkan doh sehingga nipis .Letakkan inti kemudian lipatkan empat persegi menutupi inti dengan kemas.
  • Masak dengan api sederhana dan sentiasa balik balikkan murtabak agar masak sekata dan tidak hangus.
  • Sedap dimakan dengan kuah dal dan bawang yang direndam dengan cuka.Selamat mencuba.

20 comments:

  1. CM...nk ngis tgk murtabak tu...dapt rasa dh kesedapannya...tliur tgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe jangan nangis!makan dulu murtabak ni ya pastu baru nangis:)

      Delete
  2. makan dengan kuah bawang tu, stail orang utara kan, belajar makan dari suami kalau tak sampai ke sudah makan murtabak dgn kuah dal atau kari jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cm pun pandai makan murtabak dengan Bawang jeruk ni apabila merantau ke Kl.Masa kat kampung hanya tahu makan dengan kuah kari je:)

      Delete
  3. ini menu wajib tiap kali bulan puasa ni kak CM.... terliurnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la kan:)bila makan murtabak ni teringat bulan posa.Insyallah tak lama lagi kita akan berpuasa.

      Delete
  4. Salam Makcikkkkk!!! aaarrghhhhh! sedapppnyerrrrrrrrrr.. buat kita terliur ajerrr, kita dr semalam nak carik kacang dhal nak buat cicah ngan roti canai tp tak jumpa, geram betul hihihi... termengidam pulak dah tgk roti canai makcik nii :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.Ala..siannya.Kat Siam susah nak dapat kacang dal ya.Jangan geram cuba cari lagi ya:)

      Delete
  5. sedapnyeeee murtbak ayam tu cm.. trasa2 je bila dicicah dengan jeruk bawang tu.. sedap!!

    ReplyDelete
  6. alahai..rasa nak cucuk2 je doh roti yang ditarik tu... =)petang ni confirm p cari kat pasar malam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe eh jangan cucuk kat bocor pulak murtabak Cm ni:)

      Delete
  7. uihhh...sedapnya pekena murtabak dengan kuah pink tu..terbaik tu kak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaikk:)bila terpandang nama Chah ni teringat pada anak Cm..nama Chah jugak tau:)

      Delete
  8. Kalau puasa je... mesti kita nak makan murtabak kan... Ngape ya??

    Sedapppnya murtabak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika puasa mmg teringin nak makan murtabak sebab rasanya tak jemu atau muak.

      Delete
  9. Salam cm...saya selalu beli murtabak kat pasar malam tapi bawang lebih banyak dari dagingnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Zai..dorang berniaga memang camtu zai sebab nak untung lebih.

      Delete
  10. salam CM ziarah disini..murtabak daging atau ayam..dua -dua sy minat..x pernah nk buat..tp suka makan ..insaalah nk mencuba jgk menu nie.

    ReplyDelete
  11. wslm..Terima kasih kerana sudi singgah ke dapur Cm ni.Cuba lah buat sendiri insyallah puas makannya.

    ReplyDelete