Saturday, March 24, 2012

Nasi Kerabu.



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Gara-gara terliur nasi kerabu Ika maka  hari ini Cm kuatkan semangat  untuk memasak nasi kerabu.Kebetulan puan Neo dan anak lelakinya AJ  datang menziarahi Cm maka dapatlah mereka merasa nasi kerabu kegemaran mereka.Hampir 31 tahun kami mengenali Pn Neo ...Cm melihat AJ membesar di depan mata dari seorang bayi sehinggalah  dewasa.beliau merupakan  seorang Juruterbang dengan penerbangan  Air Asia....Tumpang berbangga:)

Bahan-bahannya:( Resepi Mak)

Nasi:

Masak nasi seperti biasa .Jika mahukan nasi warna biru,gunalah air bunga Telang.Sayang sekali Cm hanya ada beberapa kuntum bunga Telang jadi warnanya tak berapa terang,Jangan lupa masukkan beberapa helai daun limau purut semasa memasak nasi bergantung berapa banyak nasi yang dimasak.

Sambal Kelapa:(wajib)....

1/2 biji kelapa parut-bahagian putih.
4 ulas bawang meran.
1 batang serai-potong nipis.
2 tsp biji lada hitam.
Garam secukup rasa.
1 inci halia.
Gula melaka secukup rasa.
2 ekor ikan kembung-panggang.

Cara-caranya:


  • Kelapa di sangai sekejap jangan terlalu perang.
  • Tumbuk bawang merah,serai,lada hitam,garam dan gula melaka sehingga lumat.
  • Ikan diasingkan tulangnya dan dilenyek kasar.
  • Masukkan semua bahan-bahan tumbuk dan ikan kedalam kelapa sangai tadi dan gaul hingga rata.
Budu Tumis(wajib):

Bahan-bahannya:

5 tangkai cili kering.
5 ulas bawang merah.
2 ulas bawang putih.
1/2 botol budu(saiz paling kecil)
1 inci halia.
1 batang serai-ketuk.
Gula melaka secukup rasa.-agar rasa lemak-lemak manis.
2 helai daun limau purut.
1/2 biji buah limau purut-belah dua.
Sedikit minyak untuk menumis.

Cara-caranya:
  • Cili kering,bawang merah,bawang putih dan halia dikisar hingga halus.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga naik baunya.
  • Masukkan daun limau purut,buah limau purut dan serai.Kacau hingga rata.
  • Tuangkan 1/2 botol budu saiz yang paling kecil dan masukkan  1/4 cawan air.
  • Masak sehingga mendidih jika nampak terlalu pekat boleh tambahkan lagi sedikit air atau jika terlalu cair masakkan sehingga agak pekat sedikit.
  • Kemudian masukkan gula melaka secukup rasa.seimbangkan rasanya.
Ikan Goreng bertepung.

  • Ikan direbus dengan garam,lengkuas dan asam keping sehingga masak.
  • Kemudian Toskan airnya.
  • Bancuhkan tepung seperti tepung untuk goreng pisang.
  • Celup ikan dan goreng hingga garing.
Kuah Tumis dan Air Lada.

Air Lada:

  • Kisar cili api dengan sedikit air masak.
  • Masukkan sedikit cuka.
Kuah Tumis:

1 biji santan pekat.
5 biji cili kering.
1 inci halia.
1 ulas bawang putih.
4 ulas bawang merah.
1 batang serai-ketuk.
Gula dan garam secukup rasa.
Sedikit minyak untuk menumis.

Cara-caranya:
  • Cili kering,halia,bawang merah dan bawang putih dikisar halus.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
  • Masukkan serai.
  • Kemudian masukkan santan pekat.Kacau  dan masak sehingga mendidih.Masukkan  garam dan gula secukup rasa.
Ulam-ulamnya:

  • Kacang panjang.
  • Kacang botor.
  • Daun kesum.
  • Daun selom.
  • Ulam raja.
  • Timun.
  • Tauge.
  • Bunga kantan.

Telur Masin.

Dengan Nama Allah Yang maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Ya Allah berkatilah padanya(makanan kami) dan kurniakanlah makanan yang lebih baik darinya.

19 comments:

  1. Salam makcikk!! tgk nasi kerabu akak ni kita dah hampir2 terngencesss hihihi... tang sambal dia tuuuuuuuuu sedapppnyerrrrrrr! kitanyer sambal kelapa dgn sambal tumis budu tu masih ada lagi dlm esbok, nanti nak buat lagi :D tak puas makan ehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.Jika makan nasik kerabu ni tak sedar habis se piok nasi:)tambah budu segar.Masyallah boleh pengsan hehe.

      Delete
  2. Aslmkum CM.
    Kannn tu. . dah menjangkit dr Ika. Hihihiii. . Sedap tu kak. Sue kama x mkn nasi kerabu. Tp jgn pelik ya. Sue kalau beli nasi kerabu. . Mesti suh diaorg tuko dgn nasi putih. . Heee. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.sebenarnya nasi yg kaler dan tak kaler sama je rasanya.Cm pun suka nasi putih biasa.Tetapi sekali sekala ada warna ok jugak:)

      Delete
  3. Memang terliur habis....mana nak carik nih...

    ReplyDelete
  4. peberet sy ni kak! sedapnyaaaaaaa..... dah ada resepi ni lps ni bolehlah mas try buat :)

    ReplyDelete
  5. kita pun dah lama tak buat...tapi kalau kita buat...kita ada sambalpekat yang tumis tu, tapi tak letak budu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena letak budu baru power ditambah pula dengan petai sepapan..perghh...:)

      Delete
  6. .....alamak...kecur di buatnya....
    teringat nasik kerabu ayam panggang kat 'flat sri kolam' kuala tganu.....

    .....teringin nak buat ICT **ikan celup tepung sdr..tapi x penah berjaya macam kat Teluk Ketapang.....Ganu...

    hu hu hu..kenangan mengusik jiwa.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika nasik kerabu kat Ganu kira original resepi tu..pasti sedap.

      Delete
  7. Adoi Kak CM, tersangat terseksa nya jiwa I ni tengok juadah Kak CM hari ni.This is my most favourite nasi in the world and bila I balik Msia,my sister will cari nasi kerabu ni for me untuk breakfast everyday.I pun terasa nak buat ni but takde pulak budu kat sini.Nasi kerabu without budu...baik tak payah makan...incomplete!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shereen..jika takdak budu boleh ganti dengan fish sos.Walaupun tak sama tapi bolehlah sementara jupe budu hehe

      Delete
  8. Mengidam pula nak makan nasi kerabu CM ni. 3 pinggan pun boleh pergi. Diana cuma tak paham "sangai" tu apa.

    ReplyDelete
  9. hi, kak cm, i think i would enjoy eating this very much..a happy meal for me!

    ReplyDelete