Tuesday, March 27, 2012

Ikan Stim Halia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Alhamdulillah Cm dah siap masak untuk makan tengahari .Menu yang sungguh mudah dan agak sihat.
Beberapa hari ni asyik makan makanan bergoreng je.Tiba-tiba rasa bersalah pada diri sendiri  kerana berlaku kejam pada badan sendiri  jadi untuk menu tengahari ,Cm kukuskan ikan siakap.Isteri/ibu  bertanggung jawab keatas pemakanan keluarga.Jika mahukan keluarga kita sihat kenalah pilih menu yang sihat.Semuanya bergantung kepada makanan yang kita sediakan.

Bahan-bahannya:)

1 ekor ikan siakap-cuci dengan asam limau dan belah bahagian belakangnya.

Bahan-bahan A:

3 ulas bawang putih-mayang halus.
3 ulang bawang merah-mayang halus.
2 inci halia-mayang halus.
1/2biji cili masak -potong bulat.
3 biji cili padi-jika suka pedas boleh tambah-hiris tapi Cm letak sebiji-sebiji jika nak makan baru dipicit kerana ada yang tk boleh makan pedas.
2 batang serai-ketuk.
3 helai daun limau purut.
Sedikit lada sulah.
Sedikit air,garam dan gula.
1 tsp sos tiram.
3 biji asam boi.
1/2 tbsp kicap manis.

Bahan-bahan B:

8 keping cendawan-tak bubuh sebab tak ada.
1 biji buah tomato-belah.
2 biji limau nipis atau limau kasturi-ambil jusnya.
1/2 batang karot-potong kecik.
4 inci batang saderi-potong nipis.
Sedikit daun ketumbar,daun sup dan daun bawang.

Cara-caranya:


  • Panaskan pengukus.
  • Masukkan ikan kedalam bekas yang sesuai.
  • Masukkan bahan-bahan A.
  • Kukus selama 15 minit.

  • Selepas 15 minit baru masukkan bahan-bahan B.
  • Seimbangkan rasa masin,manis dan masam.Sedap dimakan ketika masih panas.
*Sumber asal  resepi dari Syarikat Menang glassware.(Balkis Bharuddin) dan di ubah suai mengikut citarasa sendiri.

13 comments:

  1. wah sedapnye tgk menu tu...sesuai utk bdiet ni...hehehe

    ReplyDelete
  2. Asmlkum CM.
    Best..menu sihat. Sue pun suka ikan..nanti boleh try masak mcm ni pula..

    ReplyDelete
  3. Kak CM dah siap masak...mas belum start lagi hah hehehe... menu yg sangat menyihatkan sesuai sangat untuk org yg sedang diet :)

    ReplyDelete
  4. CW yang bam2 ni sesuai la dgn menu kak CM tu...=)

    ReplyDelete
  5. salam CM
    sedap la masak camnie..sihat..:)

    ReplyDelete
  6. Ni menu yang cukup bagus ni CM. menyihatkan :)

    ReplyDelete
  7. Diana baru siap buat ni untuk menu dinner dah dlm perut...hehehe...syok makan.Nanti pinjam resepi ni post kt blog link ke sini minta izin.

    ReplyDelete
  8. jalan jalan cari resepi -nak cubalah walaupun bahan tak cukup.harap-harap sedap jugak nanti.TQ

    ReplyDelete
  9. wah sedapnyer....nak pinjam resepi yer.....tq

    ReplyDelete
  10. Sy Share yea,Sory....Da share baru minta izin:-))
    Sory...

    ReplyDelete
  11. Sy Share yea,Sory....Da share baru minta izin:-))
    Sory...

    ReplyDelete