Tuesday, February 21, 2012

Roti Ala Pizza.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Jika Cm masak pizza tiada "undang-undang" tiada terikat dengan resepi kecuali doh untuk kulitnya.Untuk  isinya  Cm suka "campak-campak"mengikut kehendak selera sendiri.Jika pizza tu untuk suami Cm akan  bubuh banyak sayur dan jika untuk Si adik mesti letak  cheese banyak dan tiada sayur.Jika dia jumpa sayur dia akan pilih dan buang.Matanya sungguh tajam..jika ada warna hijau je dia dapat kesan:(



Resepi asal untuk doh ni Cm ambik dari blog Ayin Manis Manis tetapi seperti biasa Cm ada ubah suai sikit mengikut apa  bahan-bahan yang ada di dalam peti sejuk.Sori ya Ayin:)..dan makasih ya!
Bahan-bahan untuk doh:)

300 gm tepung roti.
20 gm susu tepung.
40 gm minyak jagung.
80 gm water roux.
80-100 gm susu segar.
60 gm gula halus.
2 tsp yis segera.
1 tsp garam.
( Cm tak masukkan telur)
Cara-caranya:)

  • Masukkan semua bahan-bahan diatas kecuali garam & minyak jagung  kedalam mangkuk pengadun.
  • Uli hingga sebati dan hampir kenyal baru masukkan garam dan minyak jagung .
  • Uli sehingga elastik .Tutup doh dengan cling wrap sehingga doh kembang dua kali ganda.
  • Bahagikan doh kepada dua bahagian dan bentukkan seperti bebola.
  • Gelekkan doh biar nipis dan letakkan diatas loyang pizza.
  • Untuk dapatkan roti yang tepi yang bercheese hendaklah letakkan cheese berbentuk kiub dikeliling doh kemudian tutup cheese kemas kemas dengan hujung doh .Untuk lebih jelas sila ke Sini.
  • Sapukan dengan sos spaghetti dan sudukan intinya.Aturkan sayur yang anda suka di atasnya  seperti kacang peas ,daun basil dan daun origano terpulang mengikut selera masing-masing.
  • Taburkan dengan cheese dan biarkan doh naik baru dibakar hingga masak.


Bahan-bahan untuk inti.

250 gm ayam kisar.
1 labu bawang besar.-cincang.
3 kuntum cendawan shitake segar-potong nipis.
2 tangkai daun basil.
sedikit serbuk lada hitam.
2 helai daun origano-mayang.
Cheese Mozzarella secukupnya.
Sos spaghetti secukupnya.
Sedikit minyak untuk menumis.
Garam dan gula secukup rasa.
1 biji sedang buah tomato-cincang.

Cara-caranya:


  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar hingga layu.
  • Masukkan isi ayam dan kacau rata baru masukkan 4-5 tbsp sos spaghetti.
  • Masukkan potongan buah tomato dan cendawan.Gaul hingga rata.
  • Kemudian masukkan garam dan sedikit gula.Seimbangkan rasanya.masukkan sedikit serbuk lada hitam 
  • Akhir sekali masukkan daun basil dan origano.Siap untuk digunakan..
Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi tinggal jejak dan komen.Terima kasih banyak-banyak.Insyallah  Cm akan balas perlahan-lahan.Jangan marah ya:).

29 comments:

  1. betul tuh cikmanggis..dengan sayur sisa juga enak buat dibikin pizza...

    ReplyDelete
  2. Salam makcik!!! gemukkknyerrrr pizza makcik! suke3!!! kalau order pizza pun biasanyer kita akn pilih pan pizza, jrg order yg thin n crispy tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ika..Gemuk cam tuan Pizza kan hihi.Makcik tak suka pizza yang kurus kering tu tak puas makan.

      Delete
  3. uwaaahhhh... mewah betul cheese kak CM. jeles tun nengok. ni yg rasa mcm nk mkn pizza jugak nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika makan Pizza memang sedap yang cheese lebih baru terangkat hehe

      Delete
  4. Assalamualaikum Cik Manggis

    Tengok Jer Roti Ala Pizza Ni Dah Tau Sedap...Lama Betul Kak Lin Tak Buat Pizza...Rasa Teringin Pulak...

    *Maaf dah lama Kak Lin x berkunjung kesini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlsm Kak Lin..ya la..lama kak Lin tak singgah mana menghilang?..jom makan Pizza..

      Delete
  5. alamak kak oi,sedapnya nampak pizza ala2 roti akak ni..mesti nak buat jugaklah nanti.sgt sesuai utk anak2 bujang makan masa tgk bola..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak akak yang lelaki ni mmg suka Pizza tapi yg dia tak ada sayur.

      Delete
  6. sedapnya kalau dpt mkn skali..nyumyy...
    suka piza..

    ReplyDelete
  7. salam kak cm cyg...
    wpun ilah tak buat N3 tapi dapo kak selalu ilah masuk utk lepas windu cuma tak komen jer...sbb sakit tu tak berapa nak mengizinkan ilah...berbicara ...huhuu
    t.kasih kak cyg..

    ReplyDelete
  8. Salam Cm...wah akak pun buat pizza baru2 ni tapi tak buat rotinya akak pakai pita bread...hem..malas...tapi yang ini memang nampak fantastic...bolehla akak try. Akak datang singgah nak beritahu akak dah try roti kukus CM..memang best...thanks ya for sharing

    ReplyDelete
  9. Selamat pagi cik manggis:D pagi pagi nampak you punya delicious sangat pizza, saya lapar lor! China cakap "Geng!!", Quay Lo cakap "Fantastic"!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam cm...sedapnya...kalau selera saya semua bubuh banyak2 hehehe....

      Delete
  10. salam kenalan cm...mmmm memang sedap nmpknya tu...nmpk gebu jer..nk try gak la nnt

    ReplyDelete
  11. Salam KakCM. Waduh2... geyam nya.... spesel ni ada kcg sepat.

    ReplyDelete
  12. Salam Kak CM...Uhhhh gebus sungguh base pizza ni...inti pun sesedap selera..nilah untungnya buat sendiri kan...Boleh campak je apa saja dan sebanyak mana yang kita suka...

    ReplyDelete
  13. Hi CikManggis...menarik entri2 sini...wife pun suka buat jenis2 roti dan cupcakes so sure dia suka blog nih. Nanti CM jangan lupa ye visit blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan, makan dan ...makan hehe. Baru jer 3 bulan blog nih..masih menyusu lagi so register follower ok CM baru ceria skit hehe TQ TQ TQ

    ReplyDelete
  14. Saya ni pemalas hehehe...selalu beli base pizza je;-). Nampak gebu base tu...yum.

    ReplyDelete
  15. kak buat water roux for the dough also? bravo!! i will eat the veggies for you anytime!!

    ReplyDelete
  16. Salam CM,
    menyelerakan sungguh pizza CM ni.. cheezy mezzy gitu. Adik kena tunggu sikit tahun lagi baru suka sayur kot. ehehe

    ReplyDelete
  17. Whoa, this is really tempting! Emmm....air liur pun sudah meleleh~lol!
    Hope you're having a wonderful day.
    Kristy

    ReplyDelete