Thursday, March 1, 2012

Strawberry Swiss Roll.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Lama  betul Cm tidak update dapur Cm ni kerana masalah yang tak dapat dielakkan.Kesibukan yang memanjang..temujanji dengan  othopedik,temujanji untuk fisio dan beberapa temujanji lagi....orang veteran macam ni lah ya......sakit sana sini......Petang semalam  sempat buat kek Strawberi Roll  atas permintaan Si adik setelah Cm tunjukkan kek yang terdapat kat blog kak 1 yang femes tu:)...tapi strawberi Cm ni cam cacat je ...sebab tak ada coklat emulco untuk buat bintik-bintik tu:(.. dan...semasa nak ambil gambarnya kamera pulak padam jadi maaf lah ya kerana gambar yang kurang memuaskan...Ini je yang sempat di ambil.......Insyallah lain kali kena buat sekali lagi.Terima kasih Kak 1 kerana sentiasa berkongsi dengan kami resepi yang terkini:)


Bahan-bahannya:

A

3 biji kuning telur( Cm guna telur saiz AA)
75 gm gula halus.
50 ml air.
40 ml minyak jagung.
80 gm tepung gandum -ayak.
1 tsp esen vanila.

B

3 biji putih telur.
2 tsp gula halus.
1/2 tsp cream of tartar.

C
 Buah strawberi secukupnya.
Pewarna pink & hijau.
Coklat umulco dan lidi.(tak letak)
150 ml whip cream.-non diary.-pukul hingga kental.



Cara-caranya:


  • Pukul B hingga kembang dan  bertanduk.
  • Pukul kuning telur dan gula sehingga kembang.Masukkan minyak dan air serta tepung dan pukul sehingga kembang .Pukul dengan kelajuan tinggi sehingga adunan kental.
  • Kaup baik dengan B hingga rata.
  • Ketepikan 2 1/2 tbsp untuk warna pink dan 2 1/2 tbsp untuk di warnakan hijau.
  • Masukkan kedua dua kedalam  dua  piping beg .
  • Alaskan dulang dengan kertas dan bentukkan buah strawberi  seperti gambar diatas dan bakar selama 1 minit dengan kepanasan oven 170 darjah celcius.
  • Tuang baki adunan keatas kek bentuk  strawberi tadi  dan ratakan.Bakar hingga masak.
  • Sejukkan kek sekejap kemudian buang kertas alas yang asal  dan ganti dengan yang lebih besar agar senang untuk menggulungnya nanti.
  • Sapukan dengan whip cream dan aturkan dengan  beberapa biji buah strawberi.Gulung perlahan-lahan.
  • Siap untuk dihidangkan.

18 comments:

  1. woahh!!! sungguh syantikkk! sayang nk makan!

    ReplyDelete
  2. wahh cantik kejadian swiss roll nih...

    ReplyDelete
  3. Salam CM wah dah sampai sini strawbery swiss roll ni.. aritu nampak kat dapo kak wan.. wah cantiq n kemas jek tengok..

    ReplyDelete
  4. ala cikkkk... comel bangat... sayang mo makan...:)

    ReplyDelete
  5. Wahhhh CM..cantiknyaaa.. Lama dah Naz idamkan nak buat sroll ni.. Bila la nak melukis strawberry ni???

    ReplyDelete
  6. so beautiful!! i pernak cuba buat corak dekat swiss roll tapi gagal..semua bentuk itu hancur !!

    ReplyDelete
  7. salam kekanda kusss sayang..
    amat menarik dan tertarik hari menengok kerja tangan kak nah.. mcm tak caya.. kretip tol laaa akak ilah sorg ni...kak 1 tu mmg tak kedekut ilmu kongsi yg terbaruu kan kak nah...moga kak 1 diberkati..aminnn

    ReplyDelete
  8. WAAAAAHHHHHHHHHHH~~~~ OMEYYY!!!!!!! suke! suke! nnti nk try jugak. tp tun x kompiden la nk buat swiss roll. mcm susah je nk jadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam cm...walaupun bentuk strawberynya tak begitu cantik kata cm tapi dimata saya cukup mengkagumkan.

      Semoga cm cepat sembuh dari semua penyakit yang ada,amin.

      Delete
  9. Assalam CM, lawanya tgk kek gulung ni kak...memang terbaik dah pandangan mata saya sebab saya tak pernah buat lagi...nanti nk try jugalah:)

    ReplyDelete
  10. Comelnya kek ni. nak sekeping boleh? Hope recover quickly.

    ReplyDelete
  11. Salam kenal...

    kreatif dan cantiknya...

    ReplyDelete
  12. CM, saye da buat kek nie. 2 kali percubaan. 1st time buat, bentuk strawbery tuh xnk melekat kt kek. 2nd time buat baru menjadi. rupenye, masa buat bentuk strawberry tuh, kne tebal sket. saye buat nipis2... hehehe dan akhirnya, da jadi dengan cantik :)

    ReplyDelete
  13. CM, your strawberry swiss roll look so cute dan cantik! ya, i saw few tiny leaves growing up from passionfruit seeds that you gave me, Thanks again..

    ReplyDelete
  14. salam rindu cikmanggis..bila la kita nk berani wat swissroll..takut x jadi..dulu pernah wat sekali..retak seribu masa menggulung..terus trauma x nk wat lg..hehe!!

    ReplyDelete