Wednesday, October 2, 2013

Kuih Serimuka .

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Kuih Serimuka.
(Resipi asal Pn.Masyitah dari Alor Setar.)

Bahan-bahannya:
A
Bahagian bawah.

2 cawan beras pulut-rendam 2-3 jam.
1 cawan santan pekat
3 tbsp air.
Secubit garam.
1 helai daun pandan.
 B
Bahagian atas.

3 biji telur.
1 cawan santan pekat.
4 tbsp gula pasir.
4 tbsp tepung gandum.(penuh)
Secubit garam.
1/3 tsp serbuk kayu manis.
1/3 tsp serbuk jintan manis.

C
10 helai daun pandan-potong halus.
1 1/2 cawan air.


Loyang bulat 9" x 2"


Cara-caranya:


  • Panaskan pengukus.
  • Sapukan sedikit minyak masak pada loyang.
  • Isikan dengan beras pulut dan tuangkan santan,sedikit garam dan daun pandan.
  • Kukus sehingga pulut masak dan tekan-tekankan agar padat.
  • Kisar daun pandan dengan 1 1/2 cawan air.Tapiskan.
  • Satukan semua bahan-bahan B dan C  kedalam mangkuk dan kacau sehingga sebati.Tapis.
  • Tuangkan kedalam periuk dan kacau perlahan-lahan di atas api yang kecil  sehingga naik wap dan agak sedikit pekat.
  • Tuangkan ke atas pulut yang di kukus tadi dan kukus sehingga masak.
  • Apabila telah masak bukakan penutup kukusan  dan biarkan di atas api sehingga  wap yang jatuh pada permukaan kuih itu kering.
  • Tunggu sehingga kuih betul-betul sejuk barulah di potong.

Alhamdulillah inilah resipi yang terbaik setakat ini.Bahagian atasnya sungguh cantik apabila dipotong dan Cm amat berpuas hati.Cm pernah masak kuih Serimuka  Durian  ,  Kuih Serimuka , Kuih Serimuka  Jika anda mempunyai keluarga kecil resipi ini sangat sesuai sekali  kerana hanya  menggunakan loyang bulat berukuran 9" x 2"


4 comments:

  1. perghh mmg cantek serimuka CM..terbaek lah
    ni yg nak try buat..mmg kuih fevret el

    ReplyDelete
  2. sempurna sungguh kejadiannya..rasa cam sekarang gak nk berkayuh di dapo..tp bahannya x cukup pulak!

    ReplyDelete
  3. Cntiknya kuih ni bila da dipotong...nmpk sempurna...nak cuba la resepi ni CM, sy copy resepinya ye...:-)

    ReplyDelete
  4. Assalam CM, apa khabar? Lamanya x ke sini...hari ni tertarik tul tgk kuih serimuka tuh...tebal betuii bhg kepalanya...puashati nih! Nak nak guna air pandan asli... :))

    ReplyDelete