Kuih Serimuka.
(Resipi asal Pn.Masyitah dari Alor Setar.)
Bahan-bahannya:
A
Bahagian bawah.
2 cawan beras pulut-rendam 2-3 jam.
1 cawan santan pekat
3 tbsp air.
Secubit garam.
1 helai daun pandan.
B
Bahagian atas.
3 biji telur.
1 cawan santan pekat.
4 tbsp gula pasir.
4 tbsp tepung gandum.(penuh)
Secubit garam.
1/3 tsp serbuk kayu manis.
1/3 tsp serbuk jintan manis.
C
10 helai daun pandan-potong halus.
1 1/2 cawan air.
Loyang bulat 9" x 2"
Cara-caranya:
- Panaskan pengukus.
- Sapukan sedikit minyak masak pada loyang.
- Isikan dengan beras pulut dan tuangkan santan,sedikit garam dan daun pandan.
- Kukus sehingga pulut masak dan tekan-tekankan agar padat.
- Kisar daun pandan dengan 1 1/2 cawan air.Tapiskan.
- Satukan semua bahan-bahan B dan C kedalam mangkuk dan kacau sehingga sebati.Tapis.
- Tuangkan kedalam periuk dan kacau perlahan-lahan di atas api yang kecil sehingga naik wap dan agak sedikit pekat.
- Tuangkan ke atas pulut yang di kukus tadi dan kukus sehingga masak.
- Apabila telah masak bukakan penutup kukusan dan biarkan di atas api sehingga wap yang jatuh pada permukaan kuih itu kering.
- Tunggu sehingga kuih betul-betul sejuk barulah di potong.
Alhamdulillah inilah resipi yang terbaik setakat ini.Bahagian atasnya sungguh cantik apabila dipotong dan Cm amat berpuas hati.Cm pernah masak kuih Serimuka Durian , Kuih Serimuka , Kuih Serimuka Jika anda mempunyai keluarga kecil resipi ini sangat sesuai sekali kerana hanya menggunakan loyang bulat berukuran 9" x 2"
perghh mmg cantek serimuka CM..terbaek lah
ReplyDeleteni yg nak try buat..mmg kuih fevret el
sempurna sungguh kejadiannya..rasa cam sekarang gak nk berkayuh di dapo..tp bahannya x cukup pulak!
ReplyDeleteCntiknya kuih ni bila da dipotong...nmpk sempurna...nak cuba la resepi ni CM, sy copy resepinya ye...:-)
ReplyDeleteAssalam CM, apa khabar? Lamanya x ke sini...hari ni tertarik tul tgk kuih serimuka tuh...tebal betuii bhg kepalanya...puashati nih! Nak nak guna air pandan asli... :))
ReplyDelete