Bingka Ambon.
Resipi asal dari Ayin Taiwan.
Bahan-bahannya:
A
2 tbsp tepung gandum.
1 tbsp gula.
11 gm yis.
100 ml air.
B
500 ml santan pekat.
15 helai daun limau purut.
2 batang serai.
2 helai daun pandan.
Sedikit garam.
C
250 gm tepung ubi.
10 biji kuning telur.
1 biji putih telur.
Cara-caranya:
- Masak Bahan-bahan B sehingga wangi dan saring kan santan bahagian atasnya sebanyak 400 ml.Ketepikan dan biarkan santan sejuk.
- Satukan A sehingga sebati dan perap selama 15 minit.
- Masukkan bahan-bahan A ,tepung ubi dan gula kedalam mixer.Pukul perlahan-lahan sementara itu masukkan telur sedikit demi sedikit sambil di pukul sehingga sebati.
- Akhir sekali masukkan 400 ml santan dan pukul lagi selama lebih kurang 15 minit.Kemudian perapkan selama 4 jam.
- Sapukan loyang yang berukuran 20 x 20 dengan sedikit minyak masak.
- Panaskan oven dan letakkan loyang sehingga panas.
- Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah di panaskan tadi dan bakar sehingga masak.Guna api bahagian bawah sahaja ya.
- Biarkan pintu oven terbuka sedikit semasa proses membakarnya.
- Apabila telah masak guna api bahagian atas agar warna bahagian atasnya menjadi perang keemasan
- Sejukkan bingka terlebih dahulu sebelum di potong.
Apabila dilihat dari jarak dekat Bingka Ambon kelihatan seperti Kek Gula Hangus atau Kek Sarang Lebah.
Terima kasih pada Ayin Taiwan yang tidak pernah kedekut dengan ilmu masakan yang dia ada..Apabila Cm minta resipi darinya Ayin terus mengajar cara-cara nak memasaknya.Terima kasih daun keladi ya :)
Mengikut kata Ayin ,untuk mendapatkan hasil yang cantik,bingka hendaklah di masak dengan cara memasukkan pasir bersih ke dalam periuk yang agak besar. ( Masak menggunakan dapur biasa )Panaskan periuk &; pasir terlebih dahulu.Kemudian panaskan loyangnya baru di tuangklan adunannya.
Apabila bingka telah masak pindahkan loyang ke dalam oven yang hanya menggunakan api atasnya sahaja agar mendapatkan warna yang cantik di bahagian atasnya.....
Teringat orang tua-tua dulu masak kek menggunaka kaedah seperti ini.Oven tradisional :)..
Oh ya ... Cm pernah masak Bingka Ambon ni .Boleh lihat disini ya .
wahh..da buat ya hehe..makasih kak nah sudi cuba...
ReplyDeleteGood day, CM! Apa khabar? Its been so long since my last visit. I've been away for too long already. Hopefully, will be coming back soon as usual on Oct. Miss all the baking & cooking. Your kuih ambon looks perfect. I saw a lot of people planting mulberry all around M'sia these days. It tastes as good as those cranberry & blueberry. And its cheaper!
ReplyDeleteEnjoy your weekend.
Kristy
Mesti sedap nih, CM! Wah, ada buah mulberi pulak :)
ReplyDeletewalllaaa...cantiknya bingka ambon ia...menjadi sarangnya...sy minat sgt kuih ni..penah buat sekali tak jadi...merajuk sudaaaa...
ReplyDeleteoppppsss...will try this resipi ni if hv time..tq CM
ReplyDeleteAmboi cikmanggis siap lagi membingka.. elok bersarang bingka tu.. tergoda akak tengok :P
ReplyDeletesalam cm,
ReplyDeletecantik sungguhh kejadian bingka ni.....mmg dok cari2 resepinya alhamdulilllah hr ni dah dpt..tq ya....
salam cm,
ReplyDeletecantik sungguhh kejadian bingka ni.....mmg dok cari2 resepinya alhamdulilllah hr ni dah dpt..tq ya....