Friday, April 13, 2012

Mil dan Kebun.

Salam.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selamat pagi semoga kita semua berada didalam kandungan sihat walafiat.Pagi ini tiada resepi.Kebetulam kami suami isteri tak berapa sihat .Jadi sekejap lagi hanya bubur nasi jadi pengalas perut kami.Masa terlalu pantas berlari dan  tahun ini merupakan tahun yang ke 31(4 hb Jun ) tahun usia perkahwinan kami.Banyak kenangan manis yang kami lalui dan akan kami kenang buat selama-lamanya..Semuanya manis-manis belaka.Semoga Jodoh kami akan berakhir hingga ke syurga.
Mama

Ini lah jalan yang  kami lalu setiap bulan sepanjang 31 tahun ini untuk menziarahi my Mil.Mil banyak membantu kami  semasa anak-anak masih kecil dan masa tu keewangan pun belum stabil...Beliau merupakan tonggak keluarganya dan selalu berpesan agar sentiasa bersatu( take care of  each other......)

Setiap kali kami balik kampung mil akan bercerita fasal kebunnya.Dia menghabiskan masa dengan bercucuk tanam.Dengan bantuan Bibik, keliling rumah ditanam dengan macam macam jenis sayuran.Bekalan sayur tak pernah putus.Kadang-kadang rasa malu pun ada bila Mil yang tua tu lebih sihat dari Cm.


Pokok cili api yang hidup subur.


Pokok Kacang Panjang.



Pokok Petola.

Catatan.



Mil  sungguh kreatif sekali agar mindanya selalu aktif:)...dia akan catit jumlah hasil sayur-sayuran yang dia petik.Umpamanya pada 9 hb Feb dia dapat petik 30 biji kacang panjang hehe:)

Ini pulak nama jenis jenis sayuran yang Mil tanam.Ada petola,timun,labu ,ngaku dll.Dengan secara tak langsung beliau akan ajar Cm menulis nama-nama sayuran dalam bahasa Cina hehe.Dah masuk 31 tahun Cm bersama Mil tapi ini jelah yang Cm ingat:)

Untuk dapatkan hasil yang lumayan..ini lah jenis baja yang digunakan.





16 comments:

  1. Alhamdulillah... tahniah... 31 tahun is a real success... ogyep doakan semoga sentiasa berpanjangan, hingga ke syurga ... InshaALlah. AMIN

    ReplyDelete
  2. Tahniah .... Moga kekal bahagia diberi Allah ke akhir hayat .

    CM baja pa yang MIL CM guna.... cantik2 pokok2 sayur dia...

    ReplyDelete
  3. Tahniah ye CM, semoga bersambung 31 tahun lagi, 31 lagi dan lagi...Bestkan ada MIL yng baik hati n sporting...

    cantik kebun dia..:)

    ReplyDelete
  4. Tahniah CM and suami...kelmarin pun wedding anniversary mak and ayah saya yang ke 30...sejak 4 thn kahwin ni, byk betul pancaroba... kental sungguh semangat pasangan yang berpuluh tahun bersama, alhamdulillah anak-anak mak n ayah berjaya. sy tengok anak2 CM berjaya-berjaya juga...TAHNIAH sekali lagi..

    ReplyDelete
  5. Tahniah kak nah semoga kasih senantiasa mewangi dan sentiasa diberkatiNya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur alhamdulillah dan tahniah buat cm semoga dimasa akan datang bertambah erat dan bahagia selamanya.

      Bertuah dapat MIL yang baik hati dan rajin pulak tu.

      Delete
  6. Salam CM.tahniah 31 thn bersama suami tersayang....moga terus subur kasih sayang dan bahgia bersama anak2 tersayang.elok menghijau sayur MIL CM tanam....geram nengok petola tu....besar..

    ReplyDelete
  7. tahniah CM!...saya dan isteri dah 20 thn bersama.

    ReplyDelete
  8. Assalam, cik manggis tanya pasal putu hantu tu kan? kat hulu langat menghala ke dusunn tua tu...sepanjang jalan ke situ ada beberapa gerai tepi jalan jual putu tu...dia berniaga bukak payung jer tepi jalan.

    ReplyDelete
  9. tahniah CM..semoga kekal bahagia selamanya.kuat lagi MIL CM berkebun tu. bagus berbudi pd tanah ada juga hasilnya.

    ReplyDelete
  10. Seronoknya tengok! Sihat MIL cikmanggis. Diana kalau petola tumbuh macam tu seronoknya. Hope CM cepat sihat ya.

    ReplyDelete
  11. Salam CM, boleh beritahu apa nama jenama baja tu dan di mana boleh beli?

    Terima kasih

    ReplyDelete
  12. pandai mil kak tanam semua veggie itu..i pertama kali tengok itu pokok petola. wah, ngaku juga ada! i hope kak is getting much better now.

    ReplyDelete
  13. Hello! My first visit, will visit you again. Seriously, I thoroughly enjoyed your posts( really interesting blog). Congrats! Would be great if you could visit also mine... I wish you a wonderful day with very smiles and peace. Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  14. salam

    tahniah ! moga kekal hingga akhir hayat

    ReplyDelete
  15. Oh tu-keh MIL CM. Nampak sihat dan masih aktif lagi. Kerja-kerja ni bagus untuk orang dah berumur. Even I myself enjoy it very much. Maybe I'm getting old already. haha....
    Have a lovely evening.
    Kristy

    ReplyDelete