Sunday, April 22, 2012

Roti Organik & Pasar TTDI.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pasar TTDI.

Semalam Cm singgah di Pasar Taman Tun Dr. Ismail kerana tujuan asalnya nak cari extra virgin organic olive oil .Tetapi almaklum saja lah bila nampak macam-macam produk organik,mula lah rambang mata.Semuanya nak di beli walaupun berjalan kena berpaut pada suami kerana kesakitan lutut belum lagi baik.

Oh ya ..inilah Jalan Wan Kadir,betul-betul didepan Pasar TTDI.Siapakah Wan Kadir yang dimaksudkan disini?Kadir Adabi atau Wan Kadir yang seangkatan dengan Dr.Burhanudin Hilmi?ada sesiapa yang tahu tentang sejarah Jalan Wan Kadir ni?

Roti Organik.


Boleh dikatakan setiap hari Sabtu jika Cm sihat Cm akan ke Masjid Sayidina Umar Al-khatab di Bukit Damanasara  kerana ada program Dinihari Dinar.selain menghadiri majlis ilmu,dapatlah Cm berjumpa dengan  geng "makcik2' ahli mesyuarat tingkap hehe.yang paling Cm suka sekali kerana  ada  White Brick Oven  buka "meja" untuk menjual roti organik ,piza,skon dan lain-lain lagi.Muamalat disini menggunakan Dinar dan Dirham.hehe rasa seperti di Kota Baghdad  ......
Cm ambil resepi dari dapur Kristy tetapi Cm guna bahan-bahan organik.Terima kasih Kristy:) kerana sentiasa berkongsi resepi-resepi yang menarik.Maaf kerana telah ubah suai sedikit bahan-bahannya.

Roti Organik.

Baha-bahannya:

400 gm tepung roti organik.
2 tbsp organic olive oil.
1 tsp garam.
2 tbsp yogurt.
2 tsp yis.
120 gm organic black sesame seed& rolled oats.
420 ml air-Cm guna 350 ml air.


Cara-caranya:


  • Masukkan semua sekali bahan-bahannya ke dalam mangkuk pengadun(Cm guna KA jadi memudahkan proses menguli).Jiika doh agak keras boleh tambahkan sedikit lagi air dan jika terlalu lembik,sila tambah kan tepung ya.
  • Uli sehingga elastik dan biarkan doh berehat sehingga naik 2 kali ganda.
  • Bahagikan doh kepada dua bahagian.Bentukkan Lonjong seperti gambar diatas,
  • Taburkan dengan oats dan bijan hitam.
  • Biarkan doh naik.Bakar hingga masak.

****Cm minta maaf banyak-banyak kerana masih belum dapat membalas komen  kawan-kawan.Terima kasih kerana sudi datang melawat dapur Cm yang tak berapa nak berasap sejak akhir-akhir ini.Insyallah jika diberikan kesihatan yang baik pastinya dapur Cm akan kembali meriah hehe....selamat berhari minggu semua:)

6 comments:

  1. salam rindu cikmanggis..pekabo?? dh lama kita x visit umah kengkawan sbb sibuk banget! woww..cantik gebu roti cm nih..simpan resipi dulu..hehe!

    ReplyDelete
  2. Aslmkm Kak CM.... walaaaa best nya roti organik! Along suka makan camni tp tak berapa rajin nak meroti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam cm...semoga sakit lututnya beransur pulih.

      Makanan sihat tapi susah nak jumpa kat kedai.

      Delete
  3. Mmmm...bestnya. Rindu kat CM. Moga cepat sembuh lutut. Diana pula sakit belakang tak baik-baik. Check sebab kekurangan vitamin D jadi menyebabkan badan tak boleh serap calcium dengan baik. Nurse kata paling rendah vitamin D 60%. Diana punya dah rendah 40%. Nurse kata kena jemur kat luar matahari sekurangnya 20 minit. Kelakar cakap saya tiap hari mesti keluar rumah, kulit pun gelap.

    ReplyDelete
  4. Good effort to imitate Mustafa Prior the Baker, making halal and wholesome breads. We did try to visit his 'home bakery' in Elephant Fortress Village (english translation of kg.kubu gajah), near Sg.Buloh some 2 months ago but lost. can try again next month to buy some organic whole grain flours from his newly imported milling/grinding machine ! May Allah bless his noble work and pure hearted spirit to show what 'halalan wa thoyyiban' life style means.

    ReplyDelete
  5. salam cm..hhmm menarikla roti organik nie..nampak gebu je..teringin nk buat tapi ntah bila..amik dl resepi..:)

    ReplyDelete