Tuesday, February 14, 2012

Roti Kukus

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Selamat petang semua.Nampak tak roti kukus Cm yang gebu dan mulus ini?yum yum!!.Selalunya Si adik jika makan kuih pau atau roti kukus dia akan makan kulitnya saja dan inti dibiarkan begitu saja dan suami Cm selalu tolong makan intinya.Jadi apabila Ayin bikin Mantau  ni terus Cm tanda....dan petang ini terus buat.Terima kasih sekali lagi Ayin.:)..Si adik sangat suka makan roti kukus  dengan kari sardin atau dimakan begitu sahaja.

Bahan-bahannya:

3 cawan tepung pau.
5 tbsp gula kaster.
1 1/2 tsp yis segera.
2 tsp baking powder.
Secubit garam.
1 1/3 cawan susu segar.
1 tbsp minyak jagung.

Cara-caranya:


  • Masukkan semua bahan-bahan kedalam mangkuk pengadun kecuali susu segar.
  • Masukkan susu sedikit demi sedikit sambil uli perlahan-lahan (Cm  guna KA).
  • Uli hingga sebati dan elastik dohnya.
  • Perap selama 1 jam.
  • Kemudian uli buang angin dan .bentukkan bulat bulat.atur dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.Biarkan doh kembang hingga dua kali ganda saiz asal.
  • Panaskan air untuk kukusan.Kukus sehingga masak.
  • Sedap dimakan dengan kari ayam atau sardin atau pun disapu dengan kaya.
k\
Kari Sardin.



Biarkan doh kembang sehingga 2 kali ganda dari saiz asal.


Selamat mencuba..anda pasti sukakannya:)

31 comments:

  1. Hey CM, roti kukus untuk Hari Valentine???? What's behind the story? haha.....
    Happy Valentine's Day to you & your loved ones. Enjoy!
    Kristy

    ReplyDelete
  2. cantiknya roti kukus nie.. kembng naik cntik je.. first time tgok nie.. sng je buatnya.. bole cuba nie..

    ReplyDelete
  3. Salam cm...gebunya...macam ni tak boleh jadi, saya C/P ya nanti nak cuba buat.

    ReplyDelete
  4. Aduh duh....cantiknya roti kukus cikmanggis,,kl buat nanti mau kayak cikmanggis jugalah,pake loyang,,,

    ReplyDelete
  5. Ya Allah kak...geramnya tgk roti kukus ni...gebu mengunung naiknya...mkn dgn kari sardin lg teww...tliur dibiuatnya...kena cuba jugak ni...tq resepi...

    ReplyDelete
  6. amboi...gebu sungguh kejadian roti tu kak...mesti sedap mkn panas2

    ReplyDelete
  7. Salam kak. . Terujanya tgk roti kukus tu. First time tgk ni. . Hihihi sue jd jakun. Kena try jg ni. .

    ReplyDelete
  8. CM.....ganti susu segar dgn susu cair ok tak? Terbekenan la pulak roti ni tp tkde susu segar.

    ReplyDelete
  9. actually ni first time tgk roti kukus...memandangkan kt rmh xde oven so bole la cube resepi ni nn...tq CM

    ReplyDelete
  10. mak oi.. macam dipam-pam gebunya. Nak buat..nak buat..

    ReplyDelete
  11. Salam kerinduan makcik! :D GEMUKKKKKKKnyerrrrrrr!!!! roti kukus ni mcm pau tak letak inti ya? biasa kita kalau buat pau separuh kena kosongkan sbb kakak tak suke ada inti dia suke cicah dgn kuah kari, tp nak salin resepi yg nii, gemukkk betul roti tu! geram tgk! :D

    ReplyDelete
  12. warghh mcm rope pau..cicah rendang pon sedap neh!

    ReplyDelete
  13. salam makcik.. semuanya sihat-sihat belaka? lutut dah sembuh ke? :)
    Caaantiknya roti kukus makcik tu :)
    P.S masih plan pulang March kalau tak jadi Mei pulak hehe

    ReplyDelete
  14. salam CM..
    wahhhh.. geramnyer tengok roti kukus tu.. gebusss mulussss.. putih selepukk.. hehehehe....
    roti kukus ni serupa pau kosonglah ehh? mmg bestu juga idea ni ekk.. boleh buat cicah ngan kari atau gulai lebih semalam.. good idea.. tp kalau terlebih rajin.. letak inti pedas.. tp dah kena tukar nama ke pau la pulak.. hehe..
    serius geram tgk!

    ReplyDelete
  15. Salam makcik manggis,
    Sedapnyerrrrr nampak gambar roti tu, wahhhhhh memamng menggeramkan. Marbelesssss

    ReplyDelete
  16. Kak cm...sungguh gemuk dan gebu roti kukus tu. Macam terasa rasa kt tekak sy bila cicah dgn kari sardin :-)

    ReplyDelete
  17. salam CM..zana dtg sini nak makan roti kukus tu..gan kari sardin emmp..sedapnya, ade lg tak?

    ReplyDelete
  18. wow, your pau looks so white and fluffy!!

    ReplyDelete
  19. Salam CM... hmmm... bestnye nampak roti ni... nanti nak try buat la... ;-)

    ReplyDelete
  20. Terima kasih pada kawan-kawan semua kerana sudi tinggal komen.Harap kawan-kawan sudi mencuba resepi roti kukus ini.Selain sedap ianya lebih sihat.Baik untuk kesihatan.

    ReplyDelete
  21. Salam CM... teruja saya tengok roti kukus ni. kat rumah takde oven, jadi resepi kukus ni memang sesuai sangat. ada rezeki dan masa dan sesuai saya nak cubalah. dan nak kongsi resepi kat blog saya.. =D

    ReplyDelete
  22. kak cm.. dlm banyak2 blog resipi, chemm rasa masakan akak the best. betul2 buat chemm teruja. betul2 terpikat hati. kalau gebu mmg gebu betul2 kek2nya. masyaallah..kagumnya dengan anugerah allah bagi dekat akak. bertuahnya akak cm :) teruskan masak ye :)

    ReplyDelete
  23. Trend Roti Kukus dh mula kembali ....trmksh atas perkongsian resepi ...in shaa Allah akan di cuba ...

    ReplyDelete
  24. Trend Roti Kukus dh mula kembali ....trmksh atas perkongsian resepi ...in shaa Allah akan di cuba ...

    ReplyDelete
  25. Kalau guna tepung gandum blh x???

    ReplyDelete
  26. Kalau guna tepung gandum blh x???

    ReplyDelete