Tuesday, February 14, 2012

Muffin Pisang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Selamat pagi semua.Muffin Pisang ini Cm buat semalam tetapi tak sempat nak buat entry kerana seharian bersama bonda di Klang.Setiap kali memandu sendiri di Lebuhraya Kesas rasa macam  mimpi ngeri kerana kesibukan yang luar biasa.Cm hanya memandu di sekitar Putrajaya sahaja.Jika tiada keperluan memang mengelak dari memandu sendirian..bila nampak banyak lori besar/panjang tu memang scary betul...Alhamdulillah kerana berjaya pergi dan balik dari Klang tanpa ada apa apa masalah.

Resepi Muffin Pisang ni Cm ambil dari Nigella Lawson tapi dah hilang linknya.Cm hanya tambah Coklat rice.Tak tahu apa yang kurangnya sebab muffin ini agak kering.Mungkin tak cukup pisangnya kerana saiz pisang yang Cm guna agak kecil.Mungkin lain kali boleh tambah pisang dan lebihkan melted butter.

Bahan-bahannya:

75 gm melted butter.
250 gm tepung naik sendiri.
1 tsp baking powder.
1/2 tsp baking soda.
secubit garam.
1/2 tsp serbuk kayu manis.
1/2 tsp serbuk buah pala.
115 gm gula kaster.
1 tsp esen vanilla.
3 tbsp coklat rice
1 tsp madu.
2 biji pisang (large saiz)
2 biji telur saiz sederhana.
125 ml susu segar.

Cara-caranya:


  • Lenyek pisang hingga halus.
  • Masukkan telur yang di pukul sedikit dengan garfu.
  • Kemudian masukkan gula. madu,esen vanilla,susu segar dan melted butter.Kacau  hingga rata.
  •  Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking soda,baking powder,garam,serbuk kayu manis dan serbuk buah pala.
  • Masukkan sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga adunan sebati.
  • Akhir sekali masukkan coklat rice.Gaul rata.
  • Kemudian sudukan adunan ke dalam cawan kertas 3/4 penuh dan bakar hingga masak.

11 comments:

  1. As salam kak...sane sini tayang pisang hehehe...kat umh akk muffin pisang kt umh sy lak kek pisang. Kek pisang or muffin pisang bila dicmpur dgn coklat rice or chip coklat mmg sedap :-)

    ReplyDelete
  2. Nefis görünüyor.Ellerine sağlık.Türkiye'den selamlar.

    ReplyDelete
  3. cantikknya mapin tu naik menggunung kak...

    ReplyDelete
  4. cm, apa kabar? saya ada terbaca kalau ukuran pisang, biasanya satu biji pisang lebih kurang 1 cawan. jadi kalau 2 biji pisang so kita anggarkan la menghampiri 2 cawan. hehe.. just share info. sebab kalau resepi luar suke guna sukatan dlm biji kan

    ReplyDelete
  5. wah mengunung naiknya muffin pisang ni...

    ReplyDelete
  6. baru semalam makan mufin pisang kat starbak. Sedaplah mafin pisang..

    ReplyDelete
  7. Salam cm...gebus betul muffin pisangnya.

    Saya pernah buat kek pisang, kering... macam cm kata.

    ReplyDelete
  8. Asslmkm kak.
    Heee..kompem dah habis ni kan. Gebus betul muffin akak tu tau.

    ReplyDelete
  9. Salam Cikmanggis,

    wah....ada muffin kat sini.....cantik ja....mesti sedap nih.....

    ReplyDelete