Sunday, February 12, 2012

Roti Keju.




Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Satu rumah bau roti..semerbak waangi!Cm baru selesai masak roti cheese untuk sarapan besok tetapi hanya tinggal separuh dimakan oleh si adik.Katanya terlalu yummy roti cheese jika makan ketika masih panas.Tak tahulah 1/2 lagi tu selamat hingga besok pagi atau habis dimakan oleh Pakcik   apabila balik dari surau nanti:)

Sebelum Cm letakkan resepinya Cm nak ucapkan terima kasih pada Ayin kerana ambil resepi dari dapurnya.Dapur Ayin umpama dapur kedua Cm jika nak cari resepi roti dan kek..semuanya enak enak belaka..makasih Ayin.

Bahan-bahannya:( Cm masak 1/2 adunan )

420 gm tepung roti.
110 gm tepung gandum  biasa.
1 biji telur.
160 water roux.
11 gm yis segera.
40 gm tepung susu.
1 tsp garam.
50 gm butter.
160 gm susu segar.
100 gm gula halus.

Inti:

Gula dan Keju secukupnya untuk inti dan untuk ditabur.

Cara-caranya:


  • Satukan semua bahan-bahan diatas kecuali garam dan butter ke dalam mangkuk pengadun.
  • Uli sehingga kenyal baru masukkan butter dan garam.
  • Uli sehingga doh elastik(penting untuk dapatkan roti yang gebu)
  • Perapkan selama sejam.
  • bahagikan doh kepada dua bahagian.
  • Gelek nipis bentuk empat segi.
  • Taburkan dengan gula dan keju.Lagi banyak keju lagi sedap.
  • Kemudian gulung kemas-kemas dan potong mengikut selera masing masing.
  • Aturkan kedalam mangkuk kertas(paper cup untuk muffin)
  • Tabur keju diatasnya.
  • Biarkan doh kembang dua kali ganda dari saiz asal.
  • Bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius sehingga masak.



Selamat mencuba dan selamat beristirehat semua..jumpa lagi besok ya:)




11 comments:

  1. dah lama lena tak buat bun macam ini..tapi buat banyak bread loaves during the cny holidays :)

    ReplyDelete
  2. enak enak....gak tahan sama rasa kejunya hmm yummy...roti ini juga lembut kan...terima kasih cikmanggis mau pratekin...ayin ambil resepi dari buku,isi suka2 kita....water roux mang jempol....roti cikmanggis juga jempol2....

    ReplyDelete
  3. salam k.nah.. uishh menggoda betul roti k.nah ni.. mmg gebus tu.. nor copy & save dulu ya.. senang sket amik kat rumah k.nor sbb k.nah dah translate dr rumah ayin.. mekasih buat k.nah dan ayin gak ya... :)

    ReplyDelete
  4. Nampak 'mun' ajer roti ni.. mesti gobu dan soap eh. nanti nak cuba buatlah.

    ReplyDelete
  5. salam kak manggis..ha!yg tinggal 1/2 baki roti tu,meh atie bawak balik..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam cm...bukan hanya semerbak kat rumah cm tapi sampai ke rumah saya hehehe...

      Saya teringin sangat nak buat roti tapi saya tak ada BM kalau nak guna tangan tak berapa nak bertenaga sejak operation dulu.

      Delete
  6. wow mengoda betullah roti CM ni, nmpk pun dah tau mmng lembut dan sedap...nak wat gaklag..menarik roti CM ni..

    ReplyDelete
  7. Dah lama saya tak buat roti~ler! Are you going to celebrate Valentin's day with these breads???? Anyway, hope you're going to have a great week ahead, CM.
    Cheers
    Kristy

    ReplyDelete
  8. As salam kak...memalam gini terliur plak sy tgk roti keju akk. Gebu betul :-)

    ReplyDelete
  9. Salam CM,
    Memang nampak gebu je roti tu, especially gambar yang roti terbuka tu :)

    Ijan

    ReplyDelete
  10. salam dari Indonesia.... roti nya enak sekali kelihatannya...saya mau tanya kak kenapa blog ayin tidak bisa dibuka ya???....

    ReplyDelete