Sunday, January 29, 2012

Pisang Goreng/Goreng Pisang

assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Setiap kali kawan Cm Liza balik kampung Ayahanda Liza akan  kirimkan  pisang untuk Cm.Alhamdulillah kami anak beranak "mewah" makan pisang goreng hari ini.Terima kasih Pak cik..terima kasih daun keladi.Setiap kali Cm goreng pisang Cm akan gunakan resepi Ayin untuk bancuhan tepungnya.Sedap dan ranggup.Wangi bau tepung kastad dan warnanya sungguh cantik.


Bahan-bahanya:

180 gm tepung gandum.
20 gm tepung kastad.
20 gm tepung ubi(Cm guna tepung jagung)
20 gm tepung beras.
1 tbsp minyak masak.
1/2 tsp baking powder.
300 ml air.
secubit garam.
1 biji telur.

Muhibbah Malaysian Monday

Cara-caranya:

  • Satukan tepung gandum,tepung ubi atau tepung jagung,tepung beras,garam ,baking powder kedalam mangkuk yang sesuai.
  • Masukkan minyak masak dan telur kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati dan tidak berketul ketul adunannya.
  • Potong pisang mengikut cara yang anda suka.Celupkan kedalam bancuhan tepung dan goreng hingga perang  keemasan atau sehingga ranggup tepung salutnya.
  • Sedap dimakan bersama sambal kicap.


5 comments:

  1. mau dong,5 biji aja cukup hehe....bikin ngiler aja cikmanggis...di sini susah dapat pisang yang bisa buat digoreng....

    ReplyDelete
  2. Cikmaggis. . Sedapnya petang2 ni mkn goreng pisang panas. Klu ddk kg seronoknya
    lahkan. Puas mkn pisang. . :-)

    ReplyDelete
  3. sedapnya kalau ptg2 makan pisang,,,teringat makan pisang goreng cicah kicap masa study kat johor dulu...salam kenal dr saya...jomlah singgah kat blog saya...http://huzaina.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Salam sejahtera CM. Sedapnya gambar Pisang Goreng tu. Saya tak pernah try pisang goreng cicah kicap, mesti cuba.

    ReplyDelete
  5. Kalau kat johor, pisang goreng, keledek grg, keladi grg, tempe grg, tahu grg, semuala yg goreng2 mesti nk cicah ngan sambal kicap ni..hehe..sluurrpp...

    ReplyDelete