Sunday, January 29, 2012

Kuih Cara Berlauk...Muhibbah Malaysian Monday


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Resepi Kuih Cara berlauk ini Cm ambil dari blog Ros Jintan Manis.Intinya Cm guna resepi sendiri.Terima kasih Ros.


Bahan-bahan :)

A

3 cawan tepung gandum.
2 biji telur.
1/2 tsp garam.
1 cawan santan.
2 1/2 cawan air.
1/2 tsp serbuk kunyit.
1 tbsp minyak masak.

Intinya:)

B

250 gm daging kisar.
1/2 tbsp serbuk kari.
1 labu bawang besar-cincang.
2 ulas bawang putih.-cincang.
garam dan gula secukup rasa.
Muhibbah Malaysian Monday
Hiasan:)

C

1 biji cili masak-cincang kasar.
1 tangkai daun sup-potong  halus.
1 tangkai daun bawang-potong halus.


Cara-caranya:)


  • Masukkan semua bahan-bahan A kedalam blender dan blend hingga sebati.Adunan yang Cm blend tadi agak pekat jadi Cm   tambahkan 1/2 cawan air dan blend lagi sekejap.Tuangkan kedalam jug dan biarkan selama 30 minit.
  • Untuk intinya...Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik baunya.Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.Tumis hingga masak rempahnya.Kemudian masukkan daging cincang dan kacau hingga rata. Letakkan sedikit air.Masukkan garam dan gula secukup rasa.Biarkan inti agak kering angkat dan sedia untuk digunakan.
  • Panaskan acuan diatas dapur dan sapukan dengan sedikit minyak masak.Tuangkan adunan agak-agak penuh dan masukkan 1 tsp inti.Taburkan sedikit daun bawang dan daun sup serta cili masak.Tutup acuan kuih cara dengan tudung periuk(Acuan kuih cara Cm tidak bertudung).Masak dengan api yang perlahan.
  • Cucuk permukaan kuih dengan lidi .Jika tidak melekat bolehlah diangkat dan dihidangkan.
  • Selamat mencuba.


7 comments:

  1. sedapnya...
    tak pernah sekalipun buat kuih ni..
    beli je=)

    ReplyDelete
  2. Suka makan tak suka buat hi hi..

    ReplyDelete
  3. Salam makcik! Nak mintak sikit boleh? Akan cuba tidak lama lagi :)
    Seronok baik kampong pakcik tempoh hari tadi?

    ReplyDelete
  4. Salam cm...saya suka makan kuih ini berbanding kuih cara.

    ReplyDelete
  5. CM, kuih ini nampak sedapnya, lepas CNY, i nak try making this. Terima kasih banyak-banyak kerana simpan biji passion fruit for me, sila kirim bagi saya ya..

    ReplyDelete
  6. Saya suka sangat kuih ni. Tapi kalau takde acuan dia kat Australia ni tak tau alternative lain naik ganti dengan apa.

    ReplyDelete
  7. Cantik sungguh kuih cara ni CM, Terima kasih kerana sudi berkongsi resipi untuk MMM :)

    ReplyDelete