Saturday, August 14, 2010

Risoles

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Hari ini sudah masuk hari ke 4 umat islam berpuasa. Cuaca pun redup je tak panas sangat....pagi-pagi tadi kami  ke pejabat pos mengambil barang yang cm pesan dari MIMI..terima kasih  ya.semalam semasa posmen datang cm tertidur kat bilik atas jadi tak sedar langsung  posmen bunyikan hon....tidur pengsan :).....Sekali lagi terima kasih pada Mimi:)

Sebelum cm tunjukkan bungkusan yang cm maksudkan tu,mari kita lihat kuih Risoles kegemaran kami anak beranak terutamanya si kecik cm ni.Masih panas lagi ni...baru siap goreng...Jom kita lihat resepinya :)

Bahan-bahan untuk intinya:
2 biji kentang saiz sederhana.-potong dadu kecik
1/2 labu bawang besar-dadu
2 ulas bawang putih-cincang
1/2 biji cili merah-cincang
1 tangkai daun ketumbar-hiris halus
1 batang daun bawang-hiris halus
1 tbsp serbuk kari
1 tbsp udang kering-tumbuk halus
80 gm daging cincang
garam& gula secukup rasa
Cara-caranya:
  • Tumis bawang besar,bawang putih dan cili masak hingga layu.Masukkan rempah kari yang dibancuh dgn sedikit air.
  • Tumis hingga wangi dan masukkan udang kering,daging dan kentang.
  • Masukkan sedikit air dam masak hingga kentang empuk baru masukkan gula dan garam.Kacau hingga rata.Masak hingga kering airnya.
  • Last sekali masukkan daun bawang dan daun ketumbar.Kacau dan angkat.Ketepikan.
Bahan-bahan untuk kulit:
250 gm tepung gandum.
secubit garam.
2 biji telur.
50 ml santan pekat.
500 ml air.

Bahan-bahan untuk coating:
2 biji telur-pukul dengan garfu
serbuk roti secukupnya.
Cara-caranya:
  • Masukkan semua bahan-bahan diatas kedalam blender.Blend hingga sebati.Tapiskan.Perapkan sekejap 10-15 minit.
  • Panaskan kuali.sapukan dgn sedikit minyak.Sendukkan adunan dan dadarkan dengan api yang perlahan.
  • Lakukan hingga habis adunan tadi.
  • sudukan  inti keatas dadar tadi dan gulung kemas .
  • Celupkan dengan telur dan golekkan dengan serbuk roti.
  • Goreng hingga perang.Hidangkan bersama jeruk bawang:)

    Bahan-bahan untuk Bawang Jeruk:
    1 labu bawang besar-potong bulat dan nipis
    3-4 tbsp cuka
    ** gaulkan bawang dan cuka kemudian ramaskan hingga bawang layu.Perapkan sekejap.Siap untuk dihidangkan:)

    Okay ...yang ini pulak bungkusan dari Chik Mimi dari penang.Jom lihat......
    Dapur cik manggis akan kembali "berdesing" selepas sekian lama "sepi" hehe.

    22 comments:

    1. slamat berpuasa kak... adehhh nak cubelah nnti si riso nih! nampak best! pinjam piyuk kak! hihi

      ReplyDelete
    2. Hana..buatlah..anak-anak sangat suka ni..hehe piok?nanti akak rasmikan dulu ya:)pastu kita kasi pinjam ...

      ReplyDelete
    3. salam kak CM
      memang best risoles ni.tapi masa puasa ni je jumpa kat pasar ramadan kalau hari biasa memang tak jumpa..ada yang jual tu dia letak cabai burung kat hujung tu..motifnya tak tau..tapi sedap gak bila gigit sekali tu

      ReplyDelete
    4. salam CM,
      nanti CM tolong poslaju plk risoles dgn piyuk tu kat saya ya, he3...

      ReplyDelete
    5. Wah... periuk baru...tepat waktunya,lepas puasa boleh gunakan masa raya pula,masa ni ramai tetamu...

      ReplyDelete
    6. salam makcik,
      aha.. risoles tu memang best, sya pun suka makan risoles...
      paling suka american risoles yang mantab itu rasanya.. hehehe

      ReplyDelete
    7. Wah kak nnti tak henti2lah desirnya tu kan.Hope u like it kak

      ReplyDelete
    8. bestnya dapat piuk....wah...nanti mesti masak best-best..tak sabar nak tunggu masakan CM...

      ReplyDelete
    9. Zarina..sedap tu bila tergigit cili tapi semua orang kat rumah ni kecuali cm tak boleh makan pedas jadi inti risol ni tak pedas:(

      ReplyDelete
    10. Zai...hehe nanti nak buat sup tulang..bising dapur kita bunyi desirnya:)

      ReplyDelete
    11. Deetha..apa rasanya american risoles tu?bunyi namanya pun dah sedap hehe

      ReplyDelete
    12. Chik mi..hehe nanti ganggu jiran dgn desirannya tiap hari:) terima kasih daun keladi..nanti nak order lagi:)

      ReplyDelete
    13. gerau..hari ni nak masak bubur kacang:)tunggu ya nnt cm bawa semangkuk hehe

      ReplyDelete
    14. sedapnya!! tak pernah jumpa lagi kat malaysia ni.last makan risolis ni tahun lepas time gi medan.. thanks for the recipe auntie CM!

      ReplyDelete
    15. salam makcik..selamat berpuasa..alhamdulillah, dapat jugak kite berpuasa tahun ni..moga2 penuh laa..jaga kesihatan ye makcik, selamat beramal...

      ReplyDelete
    16. Salam CM.. wah pressure cooker baru ek. bersinar lagi. hehe.. lagi berdentum la CM masak lepas ni :)

      Psst, suka sgt dengan resipi puteri ayu CM kat bawah nun. nanti nak buat la :)

      ReplyDelete
    17. salam makcik,
      haii kene buat kenduri besar-besaran ajak tetamu makan ni sempene testing periuk baru

      ReplyDelete
    18. Achik apa khabar?semoga ibu & anak sihat.Makcik doakan agar Achik bersalin dengan selamat dan ibu & anak selamat.Jaga diri baik-baik:)ya

      ReplyDelete
    19. salam ijan..bukan berdentum tapi berdesing hehe
      Buat lah..kuih yang sangat senang:)

      ReplyDelete
    20. Zam..wassalam.. makcik tunggu zam balik msia baru buat kenduri hehe

      ReplyDelete