Wednesday, July 7, 2010

Sandwich Tuna & Kuih Keria

Sandwich Tuna & Green Tea-jika agak-agak rasa malas untuk buat kuih minum petang bolehlah cuba sandwich ni tapi jika rajin sikit..boleh cuba buat kuih keria yang kat bawah tu :)
Bahan-bahannya:
1 buku roti
1 tin tuna flakes.
1/2 labu bawang besar cincang
1/3 tsp serbuk lada putih.
Sedikit gula.
3 tbasp mayonnaise.
sedikit butter untuk disapu pada roti.
salad,timun & buah tomato.
Cara-caranya:
  • Gaulkan tuna bersama mayonnaise,gula,lada putih dan bawang cincang.
  • Sapukan roti dengan sedikit butter dan isikan dengan bancuhan tuna.
  • Susunkan salad,potongan timun dan potongan buah tomato.
  • Gulungkan kemas-kemas & potong 3 dan cucuk dengan penyucuk sate.Siap:)
Bahan-bahannya:)
250 g keledek
50 g tepung gandum.
15 g tepung pulut.
secubit garam.
sedikit air bergantung pada jenis keledek yang digunakan.
Cara-caranya:
  • Rebus keledek hingga empuk jangan lupa masukkan sedikit garam.
  • Lenyek hingga hancur dan masukkan tepung pulut dan tepung gandum.
  • Uli hingga rata dan bentuk kan seperti dalam foto diatas.
  • Goreng hingga perang dan sira dengan gula..
*Masakkkan 1/3 cawan gula dengan 3 tbsp air hingga pekat.masukkan kuih yg di goreng tadi dan kacau perlahan-lahan hingga terbentuk biji biji halus gula di keliling kuih.Siap:)

**cm tak guna air semasa mengadun doh keria ni sebab jenis keledek yang digunakan sangat lembut.keledek yang berwarna kuning.....Terima kasih pada Sonia.Resepi asalnya sila klik DISINI

10 comments:

  1. salam CM,
    moga ceria selalu.
    singgah jamu mata tapi tpaksa tahan slera...
    kuih keria tu, aduhai sedapnya!

    ReplyDelete
  2. salam cm..
    wow..bestnyer..sandwic cucuk...keria pn cedapppp..dapat kopi o di petang yg hujan nieh..ohhhhhhhhhhh nikmatnya....hihiih

    ReplyDelete
  3. salam kak cm..

    keria tu memanggil2 suh capai!!!

    ReplyDelete
  4. salam makcik,
    bertuah penghuni rumah makcik, (",)

    ReplyDelete
  5. Wsalam Pie..minta maaf lah ya sebab hidangkan kuih manis ni.semoga ceria selalu:)

    ReplyDelete
  6. Salam makcik...dah sudah lama sangat belum makan kuih keria. Tadi nak masak mee udang makcik tapi tidak dapat udang di supermarket :(

    ReplyDelete
  7. salam Chemp..hehe nah ambik lah secucuk:)ya la hari ni hujan lebat belah petang.Habis kain di ampaian basah:( terlelap:)

    ReplyDelete
  8. salam yat..hehe silakan makan yat:)

    ReplyDelete
  9. salam zam..hehe tapi kadang kadang kena warning kat anak-anak mereka takut gemuk jika ibunya giat didapur :)

    ReplyDelete
  10. salam sejahtera Tummy..makcik cuba resepi sonia nasi lemak.Sedap & lembut sebab dia bubuh sedikit tepung beras pulut.Kat pasar dekat rumah makcik ni banyak udang tapi udang bela bukan udang dari laut.

    ReplyDelete