Tuesday, July 6, 2010

Alhamdulillah

Alhamdulillah semuanya beres..dah selesai.dapur ku dapat berfungsi seperti biasa:)terima kasih pada adik-adik pekerja maintenance yang sangat cekap.Paip diganti baru dan sinki yang bocor sudah dibaiki.Tombol tingkap pun turut diganti begitu juga dengan  plug kat dapur yang berbulan-bulan rosak siap diganti baru.....
Selepas pekerja siapkan kerja membaiki sinki cm terus ke pasar,jika awal sempatlah beli ayam kampung jika lewat alamat kempunan lah.Hari ni cm masak kicap ayam kampung ,Pisang muda masak lemak cili api dan sup timun tua(ni untuk suami )

Inilah ayam kampung yang cm maksudkan..kecik-kecik je dan dagingnya pun masih lembut.Teringat kat Ayam di Nando's kecik molek....

Setelah disiang dan dicuci bersih nampak sikit sangat ni.Jika di masak kicap harus cm tak sempat makan sebab adik dan abangnya sangat suka menu yang begini:)




Jika masak ayam kicap   cm  tak suka masukkan banyak-banyak bahan selain dari bahan-bahan asas sebab anak-anak akan complain jika rasa jintan atau sebagainya.Rasanya semua orang tahu macamana nak masak ayam kicap ni tapi cm nak letakkan juga resepi khas  untuk anak-anak yang jauh diperantauan ..jika teringin nak makan ayam kicap yang selalu ibunya masak:) boleh lah ambik resepi ni.....senang dan tak banyak bahan.

Ayam Kampung Masak Kicap
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam kampung -potong kecik&perap dengan garam dan serbuk kunyit sekejap.
1 labu bawang besar -potong bulat.
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili hijau-belah dua
2 inci halia.
sedikit kulit kayu manis-agak-agak 2 inci
2 kuntum bunga lawang.
kicap manis secukupnya.
1/2 tsp lada sulah.
garam dan gula secukup rasa.,

Cara-caranya:
  • Tumbuk atau kisar bawang merah,halia dan bawang putih hingga hancur
  • Goreng ayam hingga garing dan ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumiskan kulit kayu manis,bunga lawang dan bahan-bahan kisar hingga naik baunya.Masukkan kicap ,gula ,garam dan lada sulah.
  • Masukkan ayam goreng dan kacau rata kemudian masukkan lebih kurang 1 cawan air dan biarkan ianya mendidih.
  • maskkan hingga kuahnya pekat baru masukkan bawang besar dan cili hijau.gaul sekejap dan angkat.
Ok  menu seterusnya.......

Masak lemak pisang muda ni sangat sedap dimakan dengan ayam masak kicap .Anak kecik cm tu makan bertambah-tambah.Siap puji lagi katanya jika boleh dia nak tambah lagi tapi perut dah penuh hehe.Jom lihat resepinya.
Gulai Lemak Pisang Muda.
Bahan-bahannya:
8 biji pisang muda-dikoyak sedikit kulinya tapi jangan sampai habis& potong bulat atau serong.
5 biji cili api-jika suka pedas boleh lebihkan.
1 inci kunyit  hidup.
1 batang serai -titik
1 helai daun kunyit.
5 ulas bawang merah.
1/4 cawan ikan bilis
1/2 cawan santan pekat-jika suka lemak boleh lebihkan.
3 cawan air.
garam secukup rasa.
Cara-caranya:
  • Bawang merah,cili api dan kunyit hidup dikisar hingga hancur.
  • Satukan pisang,bahan-bahan kisar,serai,ikan bilis  dan air kedalam periuk dan masak hingga pisang empuk.
  • Kemudian baru masukkan santan.dan garam.Biarkan mendidih sekejap .Last sekali masukkan daun kunyit.Siap untuk dihidang,
ok selamat mencuba ya:)

11 comments:

  1. sedapnya lauk, mas suka ayam kampung masak kicap ngan pisang muda lemak cili api...sedap sangat..

    ReplyDelete
  2. sup timun tua? nak laa resepi dia. hehe

    ReplyDelete
  3. Memang sedap...jangankan anak kandung cm ajer yang suka, ni, gerau anak sangkut pun pasti tambah nasi kalau dapat lauk cam tu...best...

    ReplyDelete
  4. Eh dapur dah dibaiki ! Kedua-dua hidangan memang nampak sedap. Nak cari pisang muda ni. Soup timun tua to kegemaran saya tetapi susah nak dapat timun tua disini.

    ReplyDelete
  5. cikmanggis..cemana nk wt sup timun tu...xpnah mkn pun..tp bla bca cm teringin plak....

    ReplyDelete
  6. salam mas..masakan kampung ni tak jemu memakannya:)

    ReplyDelete
  7. salam fa..fa tak pernah makan ya?insyallah bila cm masak lain kali boleh letak gambar dan menunya sekali.

    ReplyDelete
  8. salam Gerau..hehe kita makan sampai tak ingat dunia!hai kena jogging la pasni:)

    ReplyDelete
  9. Dear Tummy..Alhamdulillah semua dah dibaiki.kat Malaysia memang banyak timun tua ni dan murah harganya.

    ReplyDelete
  10. salam fkwl..resepi yang cm gunakan sangat senang.Tumis bawang putih hingga wangi .Masukkan air,udang atau ayam.jangan lupa masukkan kiub ayam.Lepastu masukkan timun tua(buang bijinya)masukkan garam dan lada sulah.last sekali masukkan suuh.Siap:)

    ReplyDelete
  11. Salam Cik manggis. Bunyi macam sedap je sup timun tua. Suami sy suka jenis yg sup yg macm ni. Insya--Allah nak cuba. Tq!

    ReplyDelete