Saturday, July 3, 2010

Roti canai & Kuah sardin

Selamat pagi.Kami bersarapan dengan roti canai segera berkuahkan kari sardin dan bertemankan teh O panas.Setiap kali ke pasar tani cm akan belikan roti canai segera sebagai stock kecemasan:)....jika perlu hanya masukkan dalam microwave untuk defrost kemudian pan fried hingga crispy dan di cicah dengan kuah kari atau sardin.Cukup mengenyangkan sehingga lunch:).....pastinya makan tengahari agak lewat hehe.

KARI SARDIN
Bahan-bahannya:
1 tin sardin yang saiz besar.
(cap ayam)
1 labu bawang besar-potong dadu.
2 ulas bawang putih-cincang.
2 biji cili hijau -belah dua.
1 tangkai daun kari.
gula & garam secukup rasa.
2 tbsp serbuk kari ikan.-bancuh dengan sedikit air.

Cara-caranya:
  1. Panaskan sedikit minyak tumiskan bawang besar,bawang putih,daun kari dan cili hijau hingga wangi.
  2. Masukkan rempah kari dan kacau hingga rata baru masukkan sardin bersama sosnya sekali.
  3. Tuangkan secawan air dan rasakan garam & gulanya-untuk dimakan dengan roti canai kami suka jika ada rasa manis dan masin.Tetapi bagi yang tak suka gula boleh abaikan.
  4. Masak hingga mendidih dan siap untuk dimakan bersama roti canai:)....selamat mencuba dan selamat berhari minggu bersama keluarga tersayang:)

16 comments:

  1. KakCM, Love wanna join U too ...hehe!!! Love pun suka makan roti canai ngan sardin...bes!!! :D

    Take care n happy weekend!

    ReplyDelete
  2. Hi my Love dear...come n join us for breakfast ya..selamat berhujung minggu:)

    ReplyDelete
  3. Salam Makcik....
    boleh juga nih resepnya...
    kapan2 aku mau buat. Masuk list :)
    suka dg roti canai, tp belum pernah buat dg kuah :D

    ReplyDelete
  4. Ringkas and sedap! Saya harus cari roti canai segera tu nanti. Semoga pakcik cepat sembuh!

    ReplyDelete
  5. Salam buat Ayah..terima kasih sudi singgah dapur makcikmanggis ya:)

    ReplyDelete
  6. wsalam deetha..wah dah masak bihun sup ya hehe

    ReplyDelete
  7. my dear Tummy..Di Malaysia macam-macam jenama roti canai segera tapi yang dijual dipasar tani sangat sedap:)Alhamdulillah pakcik dah sihat hanya perlu jaga makan jgn makan pedas atau yang banyak rempah dan bercuka:)terima kasih Tummy.

    ReplyDelete
  8. salam cm...lama jugak ek anak kamu balik..seronok bila tenguk anak murid berjaya..dia masih ingat dengan cikgu garang dia ker tidak?

    Insyallah Yana balik minggu depan.bestnya..hilang rindu di hati...dia cuti dekat sebulan lebih.

    ReplyDelete
  9. salam cik manggis.
    banyak menu yang boleh dihasilkan dengan menggunakan sadin. senang, cepat dan sedap gak..

    ReplyDelete
  10. Cerita bagus tu makcik. Saya baru postkan hidangan sejenis mee hakka yang halal, pakcik pasti gemar :)

    ReplyDelete
  11. salam ina..cuti 3 bulan tapi banak aktiviti dgn kawan-kawannya.Mungkin jika lihat gambar dia cam tapi bila sebut nama dia tak ingat sebab masa tu umur 6 tahun.wah tentu seronok yana balik nnt dapatlah masak cam-macam ya:)

    ReplyDelete
  12. wsalam kak pah..terima kasih sudi singgah :)sardin penyelamat jika kecemasan ..jika tetamu tiba-tiba muncul didepan pintu tanpa beritahu:)

    ReplyDelete
  13. hi tummy..tapi semua nya kena sejuk beku.Jika boleh simpan kat luar dapatlah makcik poskan pada Tummy...terima kasih kerana pos satu lagi mee hakka:)

    ReplyDelete
  14. wah! beh nyer tgk oticanai tuh..
    sya da cuba wt da prata telo cik manggis aritu...
    sdap sgguh..
    mekasih share resepi...
    http://eliyaezlinalias.blogspot.com/2010/07/bekfas-di-pagi-ahad-yg-hujan-lebat.html

    ReplyDelete
  15. salam fkwith love...wah dah cuba ya..cikmanggis dah masuk dapur Love tadi hehe terima kasih ya:)

    ReplyDelete