Sunday, July 4, 2010

Satar



Salam dan selamat sejahtera.Menu untuk  n3  hari ini ialah sejenis  makanan yang dikenali sebagai  Satar
makanan tradisi orang Kelantan.Jika berkunjung ke negeri Cik Siti Wan Kembang ni pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk merasai keenakan makanannya.Antara makanan yang menarik ialah Laksam,Nasi Dagang,Nasi kerabu,Nasi tumpang dan Nasi berlauk...dan  kuih muihnya pulak ialah Jala emas,Emas Sejemput,Tahi Itik  dan akok Kedut...hehe nama-nama yang agak pelik tapi awas bagi pengidap kencing manis sebab kuih-kuih yang disebutkan tadi semuanya manis-manis belaka..semanis mek-mek kelate :)..Jom kita lihat bahan-bahan untuk membuat Satar:)

Bahan-bahannya:
10 ekor ikan selayang.(saiz kecil)
7 ulas bawang merah.
3 ulas bawang putih.
7 tangkai cili kering-(cm tak bubuh)
10 biji cili api (tak bubuh jugak)
50 g daun kesum.
1 biji kelapa parut-ambil yang putih nya.
Daun pisang secukupnya untuk kelongsong.
Garam & gula secukup rasa.
Cara-caranya:
  1. Ikan di cuci bersih dan diambil isinya sahaja dan ditumbuk hingga hancur.
  2. Satukan semua bahan-bahan diatas kecuali ikan.Kisar hingga hancur.
  3. Kemudian masukkan isi ikan.dan gaul hingga rata.Rasakan masin dan manisnya.
  4. Daun pisang dibentukkan seperti kon dan isikan adunan tadi dan sematkan dengan lidi kemas-kemas.Lakukan sehingga semuanya selesai dibalut.
  5. Masukkan dalam oven panggang hingga masak untuk lebih sedap bakar dengan menggunakan dapur arang:)
  6. Satar ni boleh dimakan begitu saja atau dimakan bersama nasi.Selamat mencuba.....
*Warna satar yang cm buat warna putih sebab tak masuk cili.Jika masukkan cili lagi sedap:) dan warnanya sungguh menarik.


 Terima kasih LiNda..kita gantung kat sini Ya:)
 Terima kasih Along:)

16 comments:

  1. Salam cikmanggis..harap sihat .

    Naib saya baik duk di Tgganu . Bila2 masa dan ketika boleh makan satar .. memang sedap !

    psst.. ada card utk kak, sila ambil yeaaa...

    ReplyDelete
  2. Salam bertandang hari minggu..
    moga hari ini anda selalu ceria..
    yum..yum..yummie..lapar la pulak
    nampak satar tu..he he

    ReplyDelete
  3. Wsalam LiNda..wah lagi best do Ganu ni:)..terima kasih ya..cm dah gantung dah ni....Love u lah Muaaahhh

    ReplyDelete
  4. salam zul..hehe terima kasih:)jemput makan Satar

    ReplyDelete
  5. Salam CM,
    Mmng nampak sedaplah satar tu...ratah2 gitu je pun sedap ni...ada ikan masin dan nasi putih hangat ni...sedap tul...

    ReplyDelete
  6. salam Yatie..anak-anak pun suka:) jemput makan..tadi singgah rumah yatie..wah tertarik dgn kuih pulut seri warna..sedapnya:)

    ReplyDelete
  7. salam cm..
    bestnya ratah panas2 nieh...kecur liur...

    ReplyDelete
  8. salam kak.. adussss kiter sukerrr sgt nih! klu g pasar mlm selalu beli! tp jarang2 dapat yang sedap! kiter tau akak punyer sedap! nak 5 ketui!!!

    ReplyDelete
  9. wsalam chemp..memang sedap makan masa panas-panas chemp.Minggu depan nak balik kb nak cari satar kat Pasar malam:)

    ReplyDelete
  10. wsalam hana..hehe puji nampak..ekeke..jika hana nak buat jangan lupa kasi taruk cili pedas-pedas baru ada kick:)..nah 6 ketui:)

    ReplyDelete
  11. salam Mak Cik,
    satar ni mirip dengan botok di INA ya... hihihi

    ReplyDelete
  12. Waaaaaaaa, Wo Si huan Satar maaaa..... Sangat suka...boleh buat ni...seb baik cik manggis buat...Satar ni makanan terengganu ke Kelantan sebenornya? Konpius kita.

    ReplyDelete
  13. wsalam Deetha..btol-btol hampir sama tapi rasanya ramuan untuk botok lagi banyakkan:)

    ReplyDelete
  14. salam gerau..sebenarnya dua-dua negeri ni ada Satar tak tahu lah negeri mana yang reka dulu hikhik.Jika lihat resepi Satar Trenggganu bahan-bahannya bawang merah,halia,cili merah dan kelapa parut.....beza dari segi ramuannya.Ikan dan kelapa sama:)

    ReplyDelete
  15. Salam makcik..hidangan baru buat saya ni, satu lagi resipe yang akan dicubai!

    ReplyDelete
  16. Hi my dear Tummy..cuba lah buat tapi pastikan ianya pedas ya..jika tak pedas kurang rasanya:)

    ReplyDelete