Tuesday, June 15, 2010

sambal kering udang geragau




Assalamualaikum dan salam sejahtera.Semalam cm masak sambal udang geragau dengan cili api untuk disimpan dalam botol.Bila nak makan baru keluarkannya.Sambal ni sesuai untuk dimakan bersama bubur nasi,mee sup,sup ayam atau daging.Gaul dengan nasi panas pun sedap jugak tapi kena siapkan satu jug air sejuk ya:)...... Jom kita lihat bagaimana nak buat sambal ni.....

Bahan-bahannya:

1 cawan udang geragau -goreng garing
1/2 cawan bawang goreng -beli yang dah siap
1/2 cawan cili api masak -panggang dan kisar kering hingga halus
10 ulas bawang putih -potong nipis dan goreng garing
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:
  • Gaulkan semua bahan-bahan diatas hingga rata.
  • Panaskan sedikit minyak lebihan menggoreng udang tadi.Masukkan semua bahan-bahan tadi kedalam kuali.
  • Masak dengan api yang sangat kecil dan sentiasa mengacaunya agar tidak hangus.
  • Bila semua bahan-bahan tadi telah bercampur dengan sekata sejukkan sebelum di simpan dalam botol yang kedap udara.

*Hati-hati semasa menggoreng udang geragau sebab ianya cepat hangus.Guna api yang sangat kecil dan minyak yang sedikit saja.

9 comments:

  1. salam cm..kakyam tahulah apa tu udang geragau..mungkin sebelah timur tak ada /dipanggil lain..

    ReplyDelete
  2. salam kak yam..kat kelantan orang panggil udang baring tu..yang kecik-kecik orang buat cencalok tu:)

    ReplyDelete
  3. salam makcik... pasti enak sama nasi putih je!
    Adik dah sembuh ke?

    ReplyDelete
  4. salam sejahtera Tummy..memang sedap dimakan dengan nasi putih...lukanya dah hampir sembuh tapi hari ni demam pulak :(.Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Oh kesian. Macam-macam jadi pulak :(

    ReplyDelete
  6. salam sejahtera Tummy..harap-harap dapat baik sebelum sekolah dibuka isnin ni.

    ReplyDelete
  7. salam kenal CM. hari-hari bertandang. jadi silent reader. hehehe. bertandang sebab nak cari idea resepi. masak ujung minggu sahaja :P

    nak tanya, resepi ni tak payah bubuh apa-apa jenis perasa ke? garam ke, gula ke?

    ReplyDelete
  8. salam mrs zach..ada garam dan gula secukup rasa.ikut selera masing2.Tapi seimbangkan manis dan masin.Terima kasih sudi bertandang ya:)

    ReplyDelete
  9. salam. nak tanya, guna udang geragau kering ke basah?

    ReplyDelete