Tuesday, June 15, 2010

Nasi Dagang Versi Tanak

Bahan-bahan untuk lauknya: 4 keping ikan tenggiri-potong seperti gambar diatas. (sepatutnya guna ikan tongkol ) 1 1/2 cawan santan pekat 4 tangkai cili kering 1 biji timun -potong ikut selera masing-masing 6 biji cili api 1 inci lengkuas 1 keping asam gelugur 7 ulas bawang merah 5 biji telur rebus. 1 inci kunyit hidup 1/2 paket kecil serbuk kari ikan minyak untuk menumis Cara-caranya:
  • Blend cili kering,kunyit,lengkuas dan bawang merah hingga sebati.
  • Campurkan dengan 1/2 paket rempah kari ikan.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar tadi hingga naik baunya.
  • Masukkan 2 cawan air dan bila mendidih baru masukkan santan pekat.
  • Kemudian masukkan ikan dan timun serta garam dan gula+asam keping.
  • Biarkan mendidih hingga ikan masak baru taburkan cili api.
  • Last sekali letakkan 5 biji telur rebus.masak sekejap dan padamkan api.Siap:)
Terpaksa guna ikan tenggiri sebab luka didagu anak lelaki cm tu belum sembuh.Kata orang tua-tua ikan tongkol ni gatal. sambal kelapa-terhangus:( Acar Nasi dagang yang ditanak ni cantik sama seperti yang dikukus. bahan-bahannya: 2 pot( saiz -160 ml) beras pulut. 4 pot beras biasa(pot yang sama) 3 ulas bawang merah-potong nipis 1 tbsp halba garam secukup rasa 2 inci halia-mayang halus 1 mangkuk pati santan campur air jadikan 4 mangkuk Cara-caranya:
  • Satukan beras pulut dan beras biasa dalam satu bekas.Cuci bersih dan rendam selama 2 jam.Toskan airnya.
  • Satukan semua bahan-bahan diatas kedalam periuk nasi letrik dan masak seperti memasak nasi putih biasa.
Salam dan selamat tengahari.Semalam cm talipon bonda kat kampung.Katanya masak nasi dagang beberapa hari lepas sebab kenduri potong jambul anak buah.Wah teringinnya nak makan nasi dagang yang sedap cam mak buat...best in the world gituuu.Bonda ku memang mahir dalam masakan orang pantai timur ni:) .Last sekali sebelum letak phone mak cm beritahu cara-cara nak masak nasi dagang yang senang.Katanya setakat nak makan untuk "4 mulut" tu tanak seperti masak nasi biasa je..rasanya sama sedap je dengan yang kukus.....memang betul rasanya tak ada beza...ada umpp jugak.Jom kita lihat bagaimana nak masak nasi dagang versi tanak:)

18 comments:

  1. nasi dagang lauknya nak lagi best kena pakai ikan tongkol yang dah direbus dgn asam keping terlebih dahulu, lagi lama direbus mcm 2 atau 3 hari dihangat2kan baru lagi kick, then baru dimasak ala2 lemak gulai lemak ... mcm tulah yang my mum selalu buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kukus kot akak.. Kalau rebus nanti ikan terlampau lembut

      Delete
  2. sedapnyer nasik dagang kak! kiter sukerrr sgt! cume lom penah gune beras dagang yg pepel2 tuh! nak cepinggannn! hihihihi

    ReplyDelete
  3. salam cm..kalau nak makan nasi dagang rasa macam payah je kan ..kena keluarkan kukusan ..
    hehe..terima kasih berkongsi resepi nasi dagang yg mudah ni.
    kak yam nak cuba buatlah..
    nampak senang je..
    kak yam nak cuba buat dgn ikan aya je..

    ReplyDelete
  4. salam ziarah,baguslah kak, nak kukus2 ni kerjanya renyah skit... boleh buat rujukan iyer kak...tq

    akak, nak tanye lagi..akak ke yg dok kat uk dulu tu?

    ReplyDelete
  5. salam nenekpenne...betul jika masak dengan ikan aya lagi sedap.Bila ikan direbus baru rasa asam garamnua.

    ReplyDelete
  6. salam hana..boleh..boleh masih ada lagi dalam piuk tu:)

    ReplyDelete
  7. salam kakyam..buatlah kakyam tapi tak boleh guna beras nasi dagang tu..agak keras.Kena guna pulut biasa..1 pulut =2 jemoh

    ReplyDelete
  8. salam mama nazhan..terima kasih sudi singgah.Cuba lah resepi ni insyallah sedap:)...oo rasanya orang lain tu.

    ReplyDelete
  9. Salaam Cikmanggis....

    Sedapnya nasi dagang. Suka makan tak rajin nak buat. Sib baik dah balik Malaysia, leh beli je... hihihi...

    ReplyDelete
  10. salam cm..
    ya amponn..makanan paberet lagi..fuhhhhhhhhh sedapnya...dah dapat cara shortcut(x yah kukus)..blh lah cuba 2 nt..chemp suka nsi dagng gu dgn teresek udang..fuhhhhhhhhhh meleleh...

    ReplyDelete
  11. salam mama..oh mama pun suka makan nasi dagang ya..kat msia ni siapkan duit je hehe.

    ReplyDelete
  12. salam chemp..alamak chemp..dah lama tak makan teresek udang ni..sedap nya:)

    ReplyDelete
  13. kalu guna telur itik ganti telur ayam rebus tu boleh tak? hehe

    ReplyDelete
  14. hehe ini sah peminat telur itik..itik suka air dan penyu pun dalam air hihi.

    ReplyDelete
  15. Salam makcik...Oh dah bookmarked straight away! Ikan tongkol tu tuna ke?

    ReplyDelete
  16. salam sejahtera Tummy..ya,ikan tongkol tu ikan tuna.

    ReplyDelete
  17. Akak klu nasi tu mcm mlekat3 tu tlebih air ea? Lepastu dia xlerai means xjadilah ye?

    ReplyDelete