Wednesday, June 23, 2010

Prata Telur

Salam dan selamat pagi.......pagi yang dingin sebab subuh-subuh tadi bumi disirami hujan..nyaman sekali.Selepas solat subuh terus kedapur untuk masak air dan bancuh kopi tapi tiba-tiba baru sedar kehabisan roti.....roti wajib ada didapur ku kerana setiap pagi suami bersarapan dengan roti kecuali hari minggu.Nasib baik dalam peti sejuk masih ada 4 keping roti canai segera.Sementara itu panaskan kari daging semalam untuk dicicah dengan roti canai nanti.

Panaskan kuali dan sapukan dengan sedikit minyak.Masukkan frozen prata dan masak dengan api yang perlahan.Godakkan kacaukan 2 biji telur dan campurkan dengan sedikit garam serta lada sulah.Tuangkan 3 tbsp bancuhan telur  atas roti prata masak lagi hingga telur diatasnya hampir beku baru terbalikkan.Masak hinga telur garing.Angkat dan gulungkan kemas-kemas dan potong bulat.Siap:)

4 comments:

  1. salam cm

    hujan2 ni 4 keping roti canai pun boleh sekali ngap...tengah lapo ni..huhu

    ReplyDelete
  2. ringkas tapi nampak sedap....sesekali leh cuba

    ReplyDelete
  3. salam datin..amboiii opah jenjalan lagik?jelesnya weh:)

    ReplyDelete