Wednesday, June 23, 2010

Sup Bebola Ikan Tenggiri

Salam dan selamat tengahari.Dapur ibarat Laboratory buat ku dan kawasan paling penting.Setiap kali mencuba menu baru akan dipastikan akan menjadi kesukaan keluarga dan akan cuba memperbaiki mutu makanan dan rasanya.Selain dijamin bersih dan selamat ianya juga mesti makanan yang penuh berkat.Makanan yang akan menjadi darah daging anak-anak tersayang.Jadi setiap kali memasak jangan lupa membaca Bismillah dan bersalawat keatas junjungan nabi s.a.w.

Beberapa hari ni sikecil ku tak sihat dan asyik batuk-batuk je sehingga terpaksa menarik diri dari kumpulan tarian sekolahnya.Kesian betul apabila melihat raut wajahnya ketika pulang dari sekolah semalam.Menangis teresak-esak kerana ada kawannya beritahu yang mereka akan keluar masuk tv3 nanti.Cm hanya terdiam dan biarkan dia menangis seketika.Bila habis menangis baru cm memujuknya.

Ok lah hari ni cm masak menu kegemaran anakanda ku sup bebola Ikan Tenggiri.semasa kepasar tadi beli 3 keping ikan tenggiri .Kali ini bebolanya lebih kenyal dan cantik dari dulu.Jom kita lihat resepinya.

Bebola:
3keping ikan tenggiri-asingkan isinya dari kulit & tulang
2 ulas bawang putih
1 tsp lada hitam
1 tbsp tepung jagung
garam
1 tbsp minyak jagung
 Cara-caranya:
Tumbuk atau kisar  isi ikan bersama bawang putih,lada hitam dan sedikit garam.Gaul dengan tepung jagung dan minyak masak,Bentukkan bulat bulat dan rebus dengan fish stock.


Rencah sup:
2 inci hali-mayang halus
2 ulas bawang putih-mayang halus
2 ulas bawang merah-mayang
1/2 tsp serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Sedikit bunga kobis
daun bawang
1/2 batang karot.
Cara-caranya:
Tumiskan bahan bahan yang dihiris  hingga garing dan tuangkan semua dengan minyak ke dalam sup dan rasakan garamnya.Last sekali masukkan sayur-sayuran.masak hingga mendidih.Siap:)

Stock ikan:
Tulang ikan tenggiri*
Kulit ikan*
Halia Ketuk*
*Masak dengan 3 cawan air dan tapis.

15 comments:

  1. salam cm..sup bebola buatan sendiri..tak cuba bebola datin g ke..makcik dah cuba sedap sangat..
    bebola ikan /daging baik buat sendiri,kakyam dah takut nak beli sebab macam2cerita yg kita dengar kan..

    ReplyDelete
  2. Salam bertandang
    menjamu mata di sini
    moga anda selalu sihat
    yum..
    yumm..
    sedapnya...

    ReplyDelete
  3. Sesuai betul utk anak2. Berkhasiat.....

    ReplyDelete
  4. ErR.. Tsp tu ape? Nanti gwa nak try ar.. Nampak sdp...

    ReplyDelete
  5. cantiknyer bebola akak nih! putih jerk! nak cubelah!!

    ReplyDelete
  6. wah mmg sedap pernah buat dulu...fresh kan CM

    ReplyDelete
  7. salam kak yam..cm blom cuba lagi..insyallah nanti kena cuba nih:)buat sendiri fish ball ni insyallah dijamin halal & selamat dimakan:)

    ReplyDelete
  8. salam zulkbo..amin.Terima kasih:)

    ReplyDelete
  9. salam azian..ya btol anak-anak cm suka sangat fish ball ni.

    ReplyDelete
  10. Whoopz..tsp tu teaspoon-sudu teh hehe sori ya:)

    ReplyDelete
  11. salam hana..dulu cm buat dengan kulitnya sekali tapi kali ni ambik sis je

    ReplyDelete
  12. Salam lina..jika ikan fresh lagi sedap:)

    ReplyDelete
  13. salam nenek penne..jemput makan:)

    ReplyDelete
  14. Dah buat...sedap! :)
    Mekasih resepi.

    ReplyDelete