Saturday, January 10, 2015

Kuih Ee

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Kuih Ee

Bahan-bahannya:

1/2 peket tepung pulut.
1/2 biji beetroot
3 helai daun pandan.
3 helai daun pandan serani.

3 keping hirisan halia
Gula Pasir secukup  rasa untuk di jadikan sirap.
1 helai daun pandan.

Air batu secukupnya.


Cara-caranya:


  • Ubi bit di kupas kulitnya dan di kisar dengan sedikit air.Tapis ambil jusnya.
  • Daun pandan dikisar dan tapis ambil airnya.
  • Bahagikan tepung pulut kepada tiga bahagian.
  • Satu bahagian biarkan warna asal.Bancuh dengan air biasa sehingga dapat di bentuk bulat bulat kecil.
  • Satu bahagian lagi di bancuh dengan jus pandan sehingga menjadih doh dan dapat dibentuk  bulat-bulat kecil.
  • Bahagian terakhir di bancuh dengan jus beetroot.Uli sehingga sebati  dan bentuk  menjadi bebola kecil seperti yang sebelumnya.



  • Panaskan air sehingga mendidih dan masukkan doh yg telah dibentuk seperti bebola kecil tadi ke dalam periuk.
  • Kuih akan timbul ke permukaan air apabila masak.
  • Masukkan kuih yang telah masak ke dalam air batu dan biarkan sekejap.
  • Kemudian toskan airnya dalam penapis..
  • Masakkan air gula dengan hirisan halia serta daun pandan.
  • Masukkan kuih yang telah direndam tadi ke dalam sirap gula halia.
  • Siap untuk di hidangkan sebagai pencuci mulut.
Kali ini Cm guna pewarna asli menggantikan pewarna tiruan.Alhamdulillah warnanya cantik dan pastinya selamat di makan tanpa was was.

8 comments:

  1. arwah emak suka buat masa bulan puasa...

    ReplyDelete
  2. oww macam ni buatnye..saya suka je makan kalu ada di hidangkan ni... lepas ni boleh la buat... masak2 dan makan.. thaks sharing resepi ni.. like makanan diet dan simple... awesome...

    dari laman mommylina.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Menariknya resepi ni, bleh try kat rumah tq for sharing

    ReplyDelete
  4. Ramadhan approaches this year,
    Satisfy your Buka Puasa Buffet craving this June!
    Available from 18th June 2015 until 12th July 2015
    Our early bird vouchers is available now until 14th June 2015.
    Get your early bird vouchers from only Rm63.00nett.
    Normal Prices RM 98.00nett
    Call us now at 03-7846 5989 ext 14/21/45.

    ReplyDelete
  5. Ramadhan approaches this year,
    Satisfy your Buka Puasa Buffet craving this June!
    Available from 18th June 2015 until 12th July 2015
    Our early bird vouchers is available now until 14th June 2015.
    Get your early bird vouchers from only Rm63.00nett.
    Normal Prices RM 98.00nett
    Call us now at 03-7846 5989 ext 14/21/45.

    ReplyDelete