Wednesday, December 24, 2014

Keropok Lekor

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Homemade Keropok Lekor.

Bahan-bahannya:

750 gm isi ikan selayang.
250 gm tepung ubi.
2 ketul kiub ikan bilis.
Garam secukup rasa.
6 ketul kiub air batu (air batu kiub yang kita buat menggunakan acuan biasa )

Cara-caranya:


  • Ikan selayang disiang dan buang kepalanya. Kemudian ambil isinya sahaja.
  • Masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam food processor dan kisar hingga sebati.
  • Keluarkan dari pengisar dan bahagikan doh ikan  kepada beberapa bebola  mengikut saiz keropok yang dikehendaki.
  • Kemudian bentukkan memanjang seperti keropok lekor
  • Sebelum itu panaskan air dalam periuk yang tidak melekat sehingga mendidih.
  • Masukkan keropok lekor yang telah siap dibentuk kedalam air mendidih.
  • Masak sehingga keropok timbul di permukaan air,tanda  ianya telak masak.
  • keluarkan dan masukkan  ke dalam penapis dan toskan airnya.
  • Sapukan dengan sedikit minyak masak.
  • Sedia untuk di goreng atau dimakan begitu saja.
Keropok lekor yang belum di rebus.Jangan lupa taburkan sedikit tepung ubi ke atas papan pencanai sebelum membentuk doh ikan menjadi bentuk keropok lekor.


Masak sehingga keropok timbul ke permukaan macam kita masak kuih buah melaka .
Sapukan dengan sedikit minyak masak untuk elakkan ianya melekat.


Nota: Sedap di makan ketika masih panas.

10 comments:

  1. Nice!!!
    Coincidentally, one of my tetamu pun bawa homemade keropok lekor as buah tangan... Nak kena cuba buat pulak lepas ni and thanks for sharing the recipe
    xoxo

    ReplyDelete
  2. ni mmg DIY betul....
    gigih.
    tapi penat2 terubat bila hasilnya menjadi....

    ReplyDelete
  3. Salam cm..saya suka makan dengan nasi selepas direbus.

    ReplyDelete
  4. Satu hari akan rajinkan diri cuba membuat juga.
    Ais batu cube untuk apa CikManggis?

    ReplyDelete
  5. Oh sedapnya..mmg suka keropok lekor goreng!

    ReplyDelete
  6. tercari resepi keropok lekor..rupanya ada di sini.tq share resepinya cik manggis :)

    ReplyDelete
  7. sedapnya kopok lekor buatan sendiri... suka ikan boleh letak banyak ikan... suka tempung leh letak banyak tapung... best kan

    ReplyDelete
  8. If you wanna clash of clans advantage go to http://clashofclanshelper.com/ - you receive free Clash of Clans gems instantly! Everybody uses this now! (leof8aAcWd)

    ReplyDelete
  9. ya ampunnn... enakk bangattt... marvelloussss

    ReplyDelete