Tuesday, December 23, 2014

Puding Raja

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Puding Raja / Royal Puding Pahang.


Jala Mas.


5 biji kuning telur di buang tali pusatnya.
1 cawan gula
2 cawan air
1 helai daun pandan di simpul.
Kelongsong daun pisang - potong sedikit  hujung kelonsongnya

Cara-caranya:


  • Satukan gula dan air dalam periuk yang sesuai.Masukkan daun pandan.Masak sehingga mendidih.Keluarkan daun pandan.
  • Kacau kuning telur sehingga sebati dan tapis.
  • Isikan sedikit kuning telur ke dalam kelongsong daun pisang dan kirai ke dalam air gula yang sedang mendidih tadi.Kirai seperti membuat roti jala tetapi dalam bentuk bulatan.
  • Biarkan telur dalam air gula selama 1-2 minit dan keluarkan dengan menggunakan chopstick atau pun garfu pun boleh.
  • Lakukan proses yang sama sehingga selesai.(dalam 3-4 kali)..ketepikan jala mas yang sudah siap.


Pisang Goreng.

Pisang yang sesuai untuk buat puding raja ni adalah pisang lemak manis tapi sukar sikit nak cari pisang lemak manis di tempat Cm , ganti dengan pisang emas.

Bahan-bahannya:

Pisang emas.
Sedikit butter.

Cara-caranya:

Panaskan butter dalam kuali yang tidak melekat.Masukkan pisang dan panggang sehingga pisang masak.Ketepikan.(resipi asal..pisang digoreng dengan minyak penuh)


Sos Kastad.

Bahan-bahannya:

1 biji telur.
400ml susu cair.
1 cawan air.
1 helai daun pandan di siat siat dan simpul.
Sedikit essen vanilla.
1 tbsp gula pasir-terpulang pada selera masing-masing tetapi saya lebih suka jika sos kastad ini tidak terlalu manis kerana pisang dan jala mas tu dah manis.

Cara-caranya:

Satukan semua bahan-bahan di atas dan masak dengan api yang sderhana.Sentiasa kacau sehingga mendidih.Matikan api dan biarkan sejuk baru masukkan ke dalam peti ais.


Bahan-bahan hiasan.

Buah prune-potong mengikut selera masing-masing.
Kismis.
Ceri merah dan hijau-belah 4.
Gajus di goreng sekejap,


Cara-cara menghidang Puding Raja


  • Aturkan pisang  dalam bekas yang sesuai terlebih dahulu.
  • Kemudian letakkan jala mas sehingga menutupi pisang.
  • Aturkan buah prune,ceri merah,ceri hijau,kismis dan biji gajus mengikut kreativiti masing-masing.
  • Akhir sekali curahkan sos kastad yg telah disejukkan tadi ke atasnya.

Nota: Terima kasih tidak terhingga kepada Puan Tahrunnisah Jali kerana sudi berkongsi resipi Puding Raja di Facebook.Diubah suai mengikut  selera sendiri.Cm suka lebihkan bahan-bahan hiasannya terutama prune dan kismis serta biji gajus....kelebihan memasak sendiri.Selamat mencuba ..Insyallah pasti tidak mengecewakan.Sedap!!... sesedap namanya :)

2 comments:

  1. Salam kak CM.. ni antara kuih2 kelantan yg tun xbape blh telan.. manis sgt pada tekak tun ni haa.. hehe

    ReplyDelete
  2. Memang btolSebelum ni mmg tk pernah sentuh jala mas tp sb nak rasa puding raja buat la juga jala mas.Kelebihan memasak sendiri ni kita boleh adjust kemanisan rasa puding ni sesuai dengan selera kita.Mmg sedap tp tk boleh di makan selalu.

    ReplyDelete