Saturday, September 13, 2014

Pau Gebu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Cm tercari-cari resipi pau yang sesuai untuk di sejuk bekukan.Banyak kali Cm cuba dengan macam macam resipi tetapi belum ketemu dengan yang berkenan di hati.Akhirnya semasa dalam misi pencarian itu Cm jumpa dapur digital ini  Alhamdulillah inilah yang Cm cari selama ini.Cara menyediakan dohnya agak berbeza dari yang sebelumnya.Jom kita lihat bahan-bahannya ya...

Pau Bagus.

Asal dari dapur Digital.

Bahan-bahannya:

 Sponge (A)
250gm tepung pau (Cm guna cap Blue Key)
20 gm gula kaster.
11 gm yis.
125 gm air.

Bahan B

250 gm tepung pau.
100 gm gula kaster.
30 gm shortening.
15 gm doble action baking powder.
125 gm air.
5 gm garam.

Inti pau-terpulang pada citarasa masing-masing.

Cara-caranya:


  • Satukan bahan-bahan A dan uli sehingga licin dan rehatkan selama 1 jam.
  • Satukan bahan B sehingga sebati dan rehatkan.
  • Apabila cukup masa 1 jam satukan doh A dan doh B dan uli sehingga sebati dan licin.Rehatkan selama 30 minit.
  • Bulat-bulatkan 50 gm setiap satu dan isikan dengan inti.Tutup dengan kemas.
  • Rehatkan 20 minit dan kukus sehingga masak.
  • Jangan lupa alaskan tutup pengukus dengan tuala agar air tidak menitik ke atas pau.
Petua untuk dapatkan pau yang cantik :

  1. Pastikan air untuk mengukus telah mendidih dan berwap sebelum di masukkan pau ke dalam periuk kukusan.
  2. Jarakkan kedudukan pau dalam pengukus kira-kira 5-6 cm setiap satu.
  3. Pau hendaklan di kukus sebaik saja ianya kembang.
  4. Jika pau yang telah di isikan inti di biarkan lama di dalam suhu bilik ianya akan mengecut setelah di kukus.
Setelah di kukus biarkan pau sejuk baru di isikan didalam bekas yang sesuai dan di simpan dalam freezer untuk di sejuk bekukan.Selamat mencuba...

3 comments:

  1. 1st time tgk adunannya smpi 2 macam ni...tp mmg gebu gebas tu...:)

    ReplyDelete
  2. Betul ke 15 g da b.powder....x byk sgt ke takut pahit ..plss reply

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete