Saturday, September 13, 2014

Ayam Goreng Raggup Ala Ala KFC

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Ayam Goreng ranggup.

Resipi asal : Mamak Haji.
                   Pn.Tahrunissah jali.
Ubah suai : Makcikmanggis.

Bahan-bahannya:

1 kg ayam-saya potong kecil agar senang masak  &sekata.

Bahan-bahan perap.

2 ulas bawang putih-tumbuk.
Sedikit garam.
Lada sulah Ajishio.
1/2 tsp baking powder.
1 sudu besar serbuk cili-jika nak pedas tambahkan ya.

Adunan tepung(gaul sebati)

1 1/2 cawan tepung gandum.
1 1/2 cawan tepung jagung.
1 sudu besar tepung beras pulut.
Sedikit garam.
Lada sulah cap Ajishio.
Lada hitam cap ajishio.
1/2 sudu kecil baking powder.
2 sudu besar serbuk cili.

2 biji telur-pukul hingga kembang.

Cara-caranya.


  • Perap ayam yang di perap dengan bahan perapan selama 30 minit.
  • Celupkan ayam dalam telur dan golekkan ke dalam adunan tepung.Biarkan sekejap baru di goreng dengan minyak yang banyak.
  • Jika sukakan salutan yang tebal lakukan sebanyak dua kali.Celup kali kedua dalam telur dan golekkan dalam tepung baru di goreng.
  • Goreng dengan api yang sederhana agar mendapat hasil ayam goreng yang warna keemasan dan masak isi dalamnya.



12 comments:

  1. Salam Cik Manggis,

    Lepas ni dah tak perlu nak pergI kfc lagi la hehe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    Tepung gandum tu kenapa 2 kali ulang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.Cm tersalah tulis.Patut tepung jagung.Maaf ya

      Delete
  3. haah la... kompem ye tepung pulut.. x pernah try lg guna tepung tu
    boleh cuba ni

    ReplyDelete
  4. Nanti saya nak cuba tentunya sedap.

    ReplyDelete
  5. Menarik nie, anak2 mesti suka. Nak cuba resepi ni. Terima kasih sudi berkongsi resepi ;-)

    ReplyDelete
  6. Thank you for sharing :) dah lama cari resepi ayam goreng tepung nie. Nanti nak cuba..
    CeritaMama

    ReplyDelete
  7. Tq share resepi.mlm ni nk try.pas ni x yah g kfc dh....jimat.hik3x

    ReplyDelete
  8. Erm sedapnya.Ni list makanan sebabkan sembelit

    http://nazrihatsof.sharethisstory.net/my-852876-5946

    ReplyDelete