Bahan-bahannya:
300 gm tepung roti.
100 gm tepung wholemeal.
1 biji telur.
1 1/2 tsp yeast.
2 tbsp susu tepung.
50 gm minyak zaitun.
50 gm gula.
1/2 tsp garam.
150-170 ml susu segar.
Cara-caranya.
- Satukan semua bahan-bahan diatas didalam mangkuk kecuali susu segar dan minyak zaitun.
- Gaul sehingga rata.Kemudian masukkan minyak zaitun.Masukkan susu segar sedikit demi sedikit sehingga memperolehi doh yang licin.
- Jika doh terlalu lembik tambahkan tepung sedikit lagi semasa proses menguli.Uli sehingga doh kenyal dan elastik.
- Perap doh sehingga doh naik double dari saiz asal.
- Bahagikan doh kepada 3 bahagian yang sama beratnya.
- Bulat-bulatkan seperti bentuk bebola,
- Gelekkan doh sehingga nipis dan gulung dengan kemas.
- Susun di atas dulang yang di sapu dengan sedikit minyak jagung.
- Buat torehan menyerong di permukaan nya.
- Tunggu sehingga doh kembang baru di bakar sehingga masak.
Alhamdulillah apabila kita sudah biasa makan roti yang fresh bake kat rumah kita rasa ragu-ragu nak beli roti dari kedai.Pertamanya bimbang tentang kandungan bahan pengawet yang terdapat di dalamnya.
Satu ketika dulu Cm pernah beli roti dari kedai (jenama terkenal) dan ianya bertahan sehingga hampir seminggu lebih tanpa berkulat (simpan diluar).Kami rasa was-was kenapa rotinya dapat bertahan begitu lama sedangkan roti homemade dapat di simpan hanya beberapa hari sahaja.
Buat ibu-ibu yang tidak bekerja di luar sana marilah kita sediakan makanan yang selamat untuk orang-orang yang kita sayangi dan untuk diri sendiri.Kena kerja lebih sikit tetapi hasilnya berbaloi- baloi.
Kuah Kacang Panggang.
1 ketul dada ayam.
1 biji kentang.
1 tin besar kacang panggang.
1 batang lobak merah.
1 labu bawang besar.
1 ulas bawang putih.
1 inci halia.
2 ulas bawang merah.
2 tbsp serbuk rempah kuzi.
Sedikit minyak jagung.
Sedikit daun pudina-hiris halus..
Sedikit daun ketumbar.-hiris halus
Garam dan gula secukup rasa.
Cara-caranya:
- Ayam,kentang dan karot di potong dadu.
- Bawang merah ,bawang putih dan halia di tumbuk.
- Bawang besar di dadu kecil.
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih,bawang merah,halia dan bawang besar sehingga layu.
- Masukkan rempah kuzi.Kacau rata kemudian masukkan isi ayam,karot dan kentang.Masukkan sedikit air dan masak sehingga empuk.
- Kemudian masukkan kacang panggang,daun pudina,daun ketumbar,garam dan gula secukup rasa.
- Masak sehingga mendidih dan kuahnya pekat.
wahh.. nmpk sihat je menu akak... tun baru meroti nih, versi kurang sihat sbb x wholemeal.. hihi
ReplyDeletesedapnya makan roti cicah dengan kuah tu..
ReplyDeletesalam cm, lama ta nyinggah sini. sehat ke.
ReplyDeleteroti kalau buat sendiri memang bagus daripada beli tapi nak membuatnya tu lah uhuu.. yang selalu tak ada masa.