Friday, November 1, 2013

Cakoi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Cakoi:Sumber Citarasawan.

Bahan-bahannya:

400 gm tepung gandum.
1 biji kuning telur.
3 tbsp gula halus.
1 tsp baking soda.
2 tsp yeast.
1 tbsp susu pekat manis.
1 cawan air.
1 tbsp marjerin.
Minyak masak secukupnya .

Cara-caranya:


  • Satukan semua bahan-bahan di atas kecuali tepung dalam mangkuk besar.Kacau sehingga rata.
  • Kemudian masukkan tepung dan gaul sehingga sebati.
  • Uli sehingga licin.Jika terlalu melekit taburkan dengan sedikit tepung gandum.
  • Tutup mangkuk dengan cling wrap selama 1/2 jam.
  • Keluarkan doh ke atas papan pencanai dan gelek setebal 1/2 cm dan potong doh memanjang selebar satu inci.
  • Potong doh mengikut saiz yang di kehendaki.Tekan doh dengan lidi dan cantumkan dua kepingan.dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain.
  • Panaskan minyak.Tarik potongan doh sedikit sebelum di goreng.
  • Goreng sehingga perang keemasan.
Selamat mencuba :)

4 comments:

  1. salam rindu CM..woww mmg nmpak sgt kegebusannye itu..mesti sedapkan kak!

    ReplyDelete
  2. lamanya tak buat cakoii..suka makan ngan sos kaya

    ReplyDelete
  3. Sedap nih, CM! Masa kecik dulu PH makan dengan gula :)

    ReplyDelete
  4. Kalau pergi pasar malam wajib beli.

    ReplyDelete