Sunday, November 24, 2013

Loh Ma Gai


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Salah satu makanan kegemaran suami Cm ni ....Jom kita lihat apakah bahan-bahannya :)


Bahan-bahannya:

1 1/2 cawan beras pulut-rendam selama 2 jam dan toskan.
4 ulas bawang putih.-tumbuk kasar.
1 tbsp udang kering.-rendam sekejap dan ditumbuk kasar.
5 kuntum cendawan kering-rendam sehingga kembang-cuci dan hiris nipis.
1/2 tsp lada sulah.
sedikit halia-ditunbuk halus.
Sos tiram-secukup rasa.
Kicap manis -secukup rasa.
Kisap masin-secukup rasa.
1/2 cawan isi ayam yang dipotong kecil.
Sedikit minyak untuk menumis.
1/2 cawan air.


Hiasan:

Daun bawang.
Daun sup.
Cili masak.
Bawang goreng.
Cara-caranya:


  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih ,halia dan udang kering sehingga wangi.
  • Masukkan cendawan dan isi ayam.Gaul sehingga mesra.
  • Kemudian masukkan sos tiram,kicap masin dan kicap manis serta lada sulah.Kacau sehingga sekata.
  • Masukkan beras pulut dan gaul sehingga sebati.Masukkan 1/2 cawan air dan kacau-kacaukan  sehingga sekata.
  • Akhir sekali masukkan pulut ke dalam pengukus dan kukus sehingga masak.


Hidang bersama hirisan daun bawang,daun sup,cili masak dan bawang goreng.Cm pulak suka makan dengan sos cili.Selamat mencuba.

5 comments:

  1. Saya yang jakun ni nak tanya CM... Loh Ma Gai ni resepi dari Thailand ka... he he ehh, (malu-malu & segan sebab selau tertinggal bas).

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Amie.Terima kasih kerana sudi singgah kt dapur Cm ni :)

      Ada orang tulis Loh Ma Gai dan ada orang tulis jugak Loh Ma Kai tapi benda sama.Ini makanan oarang China tetapi rasanya orang melayu pun dah tahu makan.Jika Amie pergi ke Chinese muslim restaurant mesti jumpa menu seperti ini.Cm selalunya buat sarapan.Ini bukan resipi Thailand Amie :)

      Delete
  2. salam kak nah...
    sedapnyer loh mai gai... simple je bahan2nya ye... terliur sokmo tgk pulut.. aduh duh... lama tak buat ni..

    p/s: comeynyer Maryam... geram tgk dia...

    ReplyDelete
  3. Salam cm...saya lebih terpikat dengan tea set tu hehe...

    ReplyDelete
  4. Wah! CM punya Loh Ma Gai lagi sedap daripada saya.

    ReplyDelete