Saturday, November 23, 2013

Jus Pandan Pekat.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat pagi semua ..Ceria ceria di pagi yang indah ini.Pagi ini Cm tak kayuh basikal kerana malam tadi kami berkayuh sejauh 10 km di sekitar Putrajaya.Sungguh meriah sekali kerana ramai jugak orang perempuan yang mengayuh...cuma tak jumpa yang veteran geng macik- macik .Sesiapa yang mempunyai hobi yang sihat ini jom datang beramai ramai ke Putrajaya pada setiap  hari jumaat malam sabtu .

Berkumpul di masjid Putra......Kami hanya menggunakan folding bike je.Geng road bike memang kayuh berdesuupp laju.Kami suami isteri kayuh santai tetapi peluh bersibai jugak.Lepas kayuh ambik  hot shower dan tidur yang sungguh nikmat.Alhamdulillah.Tiada lagi masalah tak boleh tidur malam.

Ok...ni Cm nak berkongsi cara-cara nak dapatkan jus pandan yang pekat.Tak perlu lagi guna pandan paste dari kedai.Yang ini dijamin selamat insyallah.Tanpa bahan pengawet & pewarna tiruan  atau bahan-bahan terlarang.

Bahan-bahannya:

30 helai daun pandan.
Air secukupnya.

Cara-caranya:


  • Kisar daun pandan dengan air secukupnya sehingga halus dan tapis .Kisar beberapa kali lagi .
  • Masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan simpan dalam peti sejuk selama 3 hari sehingga jus yang pekat itu  mendap seperti gambar di atas.
  • Tuangkan & buang  air yang dipermukaannya perlahan-lahan...berhati hati ya agar tidak terbuang bahagian yang pekat tu.
  • Masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan simpan dalam peti sejuk.Siap untuk digunakan.Tetapi jika ingin di jadikan pandan paste ,simpan lagi  juice ini dalam peti ais selama 2 minggu.(jangan letak dibahagian beku ya)

Selamat berhujung minggu dengan keluarga tersayang.:)

6 comments:

  1. salam ck..

    bagusnya perkongsian info ni..rasa mau try juga buat nanti..pandan pun banyak betul di belakang rumah ni..

    ReplyDelete
  2. mmg sure bau wangiii he kalau letak dalam kuih nih..
    ps: baru perasan gambar kt sebelah, maryam dh besar! rasa baru lg tgk n3 akk pasal maryam masa baby.

    ReplyDelete
  3. Salam CM,

    Seronoknya nerbasikal malam2, sejuk nyaman tentunya! Jadi ubat tidur yang bagus. Terima kasih atas perkongsiaan menghasilkan pandan paste ni. Mak Aji kena tunggu pokok pandan merimbun dahulu baru boleh dibuat.

    ReplyDelete
  4. Sy nak buat lah....pandan pun tgh gemuk2 ni...sebab ujan je kan cm...cepat la naiknya...bole buat ni...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Best ni kak nah dah habis stock pandan paste boleh cuba buat sendiri ,lebih terjamin kan
    dah besar Maryam

    ReplyDelete