Tuesday, November 26, 2013

Roti Pandan....Ayuh Mari Kita Amalkan Gaya Hidup Sihat....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Kali ini Cm masak roti pandan menggunakan perisa  pandan  yang Cm buat sendiri.Sebenarnya setiap kali Cm menggunakan bahan-bahan yang homemade terasa sungguh berpuas hati.Puas kerana apa yang dihidangkan untuk keluarga Insyallah selamat.Selamat dari bahan-bahan yang terlarang seperti pengawet dan pewarna tiruan.Mungkin agak sukar untuk menggunakan semua bahan-bahan yang homemade tetapi kita mesti mempunyai azam yang kuat dan mendapat sokongan keluarga.Walaupun agak lambat tetapi belum terlewat untuk mengamalkan hidup dengan gaya yang sihat.......Pertama kali makan nasi  brown rice anak bongsu Cm menunjukkan reaksi yang tidak suka tetapi lama kelamaan dah jadi kebiasaan.Walaupun tak sedap tapi ok je katanya.

Memulakan hobi berbasikal kira-kira setahun lalu..... terasa agak janggal kerana hanya kami suami isteri saja yang berkayuh disekitar taman perumahan kami ini.Jiran-jiran akan pandang kami 2-3 kali untuk memastikan siapakan Pakcik and Macik yang begitu bersungguh-sungguh... memakai kelengkapan seolah-olah sedang buat persiapan Le tour D'langkawi hehe....Kami buat tak kesah dan tak nampak... yang penting aktiviti berbasikal ini sungguh menyihatkan....hasilnya Cm sekarang dapat  solat seperti biasa bukan lagi duduk dikerusi...dan dah ucapkan selamat tinggal pada Unit  Rehabilitasi Hospital putrajaya.....bye..bye..no more fisio eh :)...semuanya dengan izin Allah Taala.....

Mari kawan-kawan yang Cm sayangi.Kita amalkan gaya hidup sihat.Walau pun agak lambat tetapi masih belum terlewaat.Pertama kali Cm menyertai Event berkayuh dengan Pm sejauh 8 km.Adoi...penat "giler" rasa seperti kayuh 100km.Sakit segala urat saraf...Setiap petang kami suami isteri kayuh basikal makin jauh..makin jauh dari taman perumahan kami dan terasa makin seronok.Dari folding bike kami bertukar kepada road bike.....kayuhan pulak dari 8ke10...dari 10 ke 20 dan last sekali kami berkayuh hampir 25 km.

Cm berdoa pada Allah Taala agar kami diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani kehidupan yang penuh  gembira di hujung usia kami ini.Siapa yang akan pergi terlebih dahulu itu.... Cm berserah pada Nya.Semua itu urusanNya...semoga kami bertemu di Jannah.Insyallah.

Kali ini  resipi agak-agak je  kerana Cm main campak-campak..bila nampak doh terlampau lembik Cm tambah tepung dan lupa pulak nak catat berapa banyak tepungnya.Resipi asalnya dari MamaFami tetapi Cm dah ubah suai sana dah jadi resipi "Derhaka" :)....tq mamafami and sori arr Cm dah ubah resipi  sehingga doh tu lembik :)p

Roti pandan

Resipi asal dari MamaFami

Bahan-bahannya:

A

350 gm tepung roti.
5 gm tepung susu.
2.5 gm bred improver (Cm guna 1 tbsp water roux)

B

50 gm gula halus.
1/2 tsp garam.
30 gm telur (Cm letak 1 biji telur grade AA)
6 gm yis segera.
Few drops pandan essence( 3 tbsp jus pandan pekat)
Few drops green food colouring (Cm tak letak)
20 gm serbuk santan( Cm letak 1 tbsp santan pekat kara)
200 gm cold water ( Cm letak 160 gm air)

C

30 gm butter.

Inti

Coklat masakan secukupnya.
Cara-caranya:


  • Satukan A dan B dalam mangkuk pengadun dan uli sehingga sebati.(Cm guna kitchen aid)
  • Masukkan C dan uli lagi sehingga doh elastik dan kenyal seperti nak buat roti canai tu ya.(jika doh terlalu lembik tambahkan tepung sedikit demi sedikit sambil menguli sehingga doh tidak melekat pada mangkuk-agak-agak 3-4 tbsp)
  • Perap sekejap sehingga doh naik dua kali ganda.
  • Tumbuk buang anginya.Bahagikan doh kepada 15 ketul.
  • Bentukkan menjadi bebola dan leperkan sedikit untuk diletakkan inti coklat.Tutup dengan kemas.
  • Aturkan di atas dulang yang di sapukan dengan sedikit butter.
  • Sapukan permukaan doh dengan telur.
  • Rehatkan sekejap sehingga doh kembang.
  • Bakar sehingga masak.



6 comments:

  1. Salam kak nah tercyg.. pertama ilah nk ucap tahniah utk kak krn dah pulih lututnya.. tahniah krn berjaya capai 25km.. dah lama ilah x naik basikal.masa sekolah 6 thn kayuh sejauh 8km p blik... ke 2 kim slm utk cucu kita.. ya allah dah besar dan teramat comel little maryam..

    ReplyDelete
  2. Salam kak cm.. alhamdulillah.. tun pon blom tentu berjaya kayuh 25km.. kat umah ni pon guna brown rice, tp kalau nk wat nasi ayam still cari white rice. hihi...

    ReplyDelete
  3. merata2 jumpa roti2 yg gebu2..
    tergoda tau...

    ReplyDelete
  4. Salam CM...alohaii terlioq tengok roti yg gebus tu...laa CM mana dapat teko antiq tu...boleh pinjam tak??

    ReplyDelete
  5. Salam CM...satu pencapaian yg bgus tu...sy ni pun ntaj dpt tdk kayuh jauh2 cmtu....semput gamaknya.....tp seronok kan...;-)

    jumpa blik jus pandan....hritu sy save...pastu anak hilangkan...trus x ingt blog yg mna....nsib la nmpk roti gebus ni....then CM mntion jus pandan....bru sy ingt...hehehe...

    ReplyDelete
  6. Wahaiiii Cik Manggis..

    Memandangkan anda telah menderhaka, anda dijatuhkan hukuman, berkuatkuasa serta merta. Hantar seloyang kepada beta... wahhh beta tau. Muahahaha....

    I miss cycling. I used to cycle around the neighbourhood, alone. Enjoy sangat- sangat. Tapi la ni, bicycle anak bujang mama tu dah macam tak berapa nak elok dan anak dah pesan, mama jangan guna basikal tu lagi, takut handle tercabut. Hahaha.... Hmmm... agak-agak, kalau mama gosok cik abang mama belikan basikal baru, dia nak belikan tak ek? Ce tolong doakan sama... :D

    ReplyDelete