Thursday, November 28, 2013

Laksa ....tak jemu -jemu :)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Pening jugak kepala memikirkan apakah menu yang sihat untuk dihidangkan pada ahli keluarga yang siap pesan awal awal lagi takmau yang bergoreng..yang byk minyak..yang berlemak..yang berdaging.....Ulang ulang resipi laksa lah jawabnya...Alhamdulillah nampak gaya PakEnciknya suka...siap hirup kuah slurrrp hehe.
Untuk resipinya Cm guna resipi yang INI.resipi yang Cm paling suka.Kali ini Cm ikut petua seorang kawan...katanya jika tak suka bau hanyir ikan yang agak kuat  buanglah kepala ikan  semasa merebusnya.Alhamdulillah ada sedikit perubahan pada baunya.Lebihkan daun kesom ya.

Inilah rupanya ikan tanpa kepala.Semasa di pasar tadi siap suruh penjual tu siang dan  buangkan kepala ikan.

Semasa mengusung belanga hitam ni ke luar rumah (untuk bergambar) sebab nak dapatkan cahaya yang lebih terang ..jiran baru sebelah rumah ni ada di depan rumahnya...Macik buat bizi je...buat buat tak nampak sambil terbongkok bongkok ambil gambar  dan terkibas kibas menghalau lalat yang datang keliling belanga macik ni..haish geram betul lalat ni kacau ........
Ulam mesti lebih.

Alhamdulillah Pakcik cakap sedap :)

7 comments:

  1. assalamualaikum...
    senang skrg gi pasar soh diorang siangkan skali.. kalau nani pun.. tapi biasanya ikan temenung diorang tak nak.. katanya ikan kecil tak termasuk dlm service..
    pstttt,,, cantek pinggan awas laksa tu..

    ReplyDelete
  2. kak kalau dekat dah bwk mangkuk saya peminat setia laksa

    ReplyDelete
  3. oooo rupanya hanyir ikan tu datang dari kepalanya ye CM, baru saya tau... tq...tq for sharing!

    ReplyDelete
  4. tengok laksa awak, air liur pun sudah keluar..hehehe..

    ReplyDelete
  5. terliuq nya ...peberet saya jugak ni...

    ReplyDelete
  6. CM punya laksa macam dimasakkan oleh cafetaria syarikat saya. Biasa saya tak turun makan tengah hari kerana nak jaga badan TAPI bila saya dengar cafetaria ada laksa, saya akan/mesti turun makan. Syarikat kami menghidang makan tengah hari tanpa bayaran (percuma). Sarapan pagi pun murah berbanding dengan harga luar. Laksa adalah kegemaran saya tapi tak pernah masak kerana takut masak tak sedap.

    ReplyDelete