Tuesday, September 3, 2013

Sambal Tempe Dengan Ikan Bilis.




Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Selepas hari raya tempohari Cm lebih suka  makan makanan yang ringkas .Jemu  dengan lauk pauk raya.Sayurnya hanya di celur, rebus atau pun masak bening.Kebetulan emak Cm ada kat rumah jadi emak suka masakan yang ringkas dan tidak berlemak seperti singgang ,kerabu atau panggang.

Sambal Tempe Dengan Ikan Bilis.

Bahan-bahannya:

2 bungkus tempe(tempe tiga segi panjang yang di balut dengan daun pisang)
1 cawan ikan bilis.
8 tangkai cili kering.*
1 ulas bawang putih*.
10 ulas bawang merah.*
1 keping asam gelugur.
1 tsp serbuk belacan.*
Gula melaka secukup rasa.
Garam secukup rasa.
Minyak masak secukupnya.
Cara-caranya:


  • Potong tempe nipis-nipis dan goreng sehingga garing.Ketepikan.
  • Goreng ikan bilis sehingga ranggup.Ketepikan.
  • Kisar bahan-bahan yang bertanda * hingga halus.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga wangi.
  • Masukkan asam keping,garam dan gula melaka.
  • Masak sehingga agak kering  baru masukkan tempe dan ikan bilis.Gaul sehingga rata.
Selamat mencuba .....kepada penggemar tempe insyallah anda pasti tak kecewa dengan Sambal Tempe Dengan  Ikan Bilis ini.Jika nakkan rasa lebih "kaw" boleh tambahkan dengan cili api.

9 comments:

  1. Sama la cm, sy lpas raya mula cri ikan...x larat nak telan ayam daging dah....mkn sikit2 je...
    Cntik plak bekas tu...mna la nak cri skrng nie...:-)

    ReplyDelete
  2. shedapnyaaa.... pepagi kalau bekfes ngan nasik lemak sodap ni.. haha

    ReplyDelete
  3. Salam Cik Manggis,

    Mak Aji pernah masak ni untuk anak-anak bawa balik selepas bercuti. Mak Aji suka tengok besen kuning tu, mengingatkan pinggan kecik daripada bahan yang sama. Masa Mak Aji sekolah rensah dulu, nasi sepinggan kecik tu harganya 5 sen sepinggan! Digamit nostalgie melihatkannya!

    ReplyDelete
  4. suka meratah tempe dengan ikan bilis macam ni...sedar sedar dah nak habis sepeket
    :0

    ReplyDelete
  5. MJ memang suka sambal tempe gini, makan ratah pun sedap ;D

    ReplyDelete
  6. CM, sambal tempe dengan ikan bilis adalah makanan kegemaran PH :)

    ReplyDelete
  7. Ini kalau masak anak2 ngap2 depan tv ja buat jajan!

    ReplyDelete