Thursday, September 5, 2013

Singgang Daging

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Bahan-bahannya:

300 gm daging batang pinang.
4 ulas bawang merah-mayang halus.
2 ulas bawang putih.-mayang halus.
4 hiris lengkuas.(hiris nipis)
3 hiris halia-mayang halus.
1 keping asam gelugur.
1/2 tbsp ketumbar biji-tumbuk kasar.
Air secukupnya.
Garam dan gula secukup rasa.

Cara-caranya:


  • Daging dicuci bersih dan dihiris nipis.
  • Masukkan daging ke dalam periuk tanah.Isikan dengan  semua bahan-bahan yang di atas.
  • Masak dengan api yang perlahan sehingga daging empuk.Jika perlu tambahkan air sehingga daging betul-betul lembut.
  • Rasakan masin,manis dan masam kuahnya.
Sedap dimakan dengan nasi putih dan jangan lupa "gengnya" iaitu budu atau sambal belacan...Singgang daging jugak sedap dimakan jika dibiarkan semalaman.

3 comments:

  1. sedapnya Singgang daging ni Cik Manggis....ni kalau makan nasik dgn sambal belacan/budu/ulam2 plg kurang 2 pinggan nasik ni....hehehehe

    ReplyDelete
  2. sedap tu kak.. kalau sy.. hirup2 kuahnya tu..

    ReplyDelete
  3. MakcikManggis, kalau singgang guna serai acheh ngam tak?
    Just wondering hehehe... :) terlintas dalam kepala.

    ReplyDelete