Friday, June 28, 2013

Khao Tom Mad (Sweet Sticky Rice Parcels)

Assalamualaikum dan selamat petang.


Cm adalah penggemar masakan Thai.Tak kira lah lauk pauk atau kuih muih.Masakan Thai banyak persamaan dengan masakan Kelantan tanah kelahiran Cm, mungkin kerana  berjiran.Atau mungkin juga sebab Kelantan pernah di jajah oleh Siam pada satu ketika dahulu jadi banyak terdapat pengaruh masakan Thai dalam masakan  Kelantan.

Salah satu  kuih yang di kenali dengan nama Khao Tom Mad.Bila masuk negeri Kelantan nama bertukar jadi    Pulut Dakap :)..Untuk melihat resipi asal Thai sila ke SINI.

Bahan-bahannya:

500 gm beras pulut-cuci dan rendam selama 2-3 jam.
2 cawan santan pekat.
1/2 tsp garam.
4 tbsp gula pasir.
6- 7 biji pisang -belah dua.(pisang awak,pisang berangan atau pisang abu)
Kacang merah secukupnya di rebus sehingga empuk,

Tali untuk pengikat.
Daun pisang secukupnya.

Cara-caranya:


  • Satukan gula ,garam dan santan dalam periuk nonstick.
  • Masak sehingga gula larut.
  • Masukkan beras pulut jangan lupa toskan terlebih dahulu ya.
  • Dengan api yang perlahan kacau pulut sehingga agak kering.Sejukkan.
  • Lapik dua helai dau pisang .Letakkan kacang merah kemudian sudukan sedikit pulut.Lepas itu letakkan pisang dan  sekali lagi  sudukan sedikit pulut untuk melindungi pisang.Akhirnya letakkan beberapa biji kacang diatasnya.
  • Balut seperti membalut kuih lepat .Tangkupkan dua bungkusan pulut dan ikat sehingga kemas.Pastikan balutan kemas agar pulut tidak terkeluar semasa merebusnya nanti.
  • Aturkan bungkusan pulut dalam periuk.Isikan air anggaran paras bungkusan pulut tu.Masak sehingga air hampir kering.
  • Toskan dalam tapis.Siap untuk dihidang :)
Selamat berhujung minggu :)

21 comments:

  1. yang ni sy tak pernah try...nmpk sedap...pulut mkn ngn pisang n kcg merah

    ReplyDelete
  2. Akk. . Sedapnya nampak. Mesti sedap kan.

    ReplyDelete
  3. pulut dakap...mak sy dlu slalu buat cm....skrang dia x rajin dah...penat katanya...tp mmg lama dah x mkn ni....huhuhu

    ReplyDelete
  4. ooo nama lainnya pulut dakapnya CM... Amie pun tertanya2 juga mengapa ada bentuk pulut dakap yang sama dengan 'buras' iaitu makanan tradisi masyarakat Bugis di tempat kami...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah dengar nama kuih Buras tetapi tak pernah makan.Ingin juga mencuba jika jumpa resipinya.

      Delete
  5. Iyalah CM..nekcik ingatkan makanan kegemaran nekcik tadi..burasak...roper sama ...tapi nekcik selalu beli yang ada pisang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nekcik.Cadang melancung ke mana pulak kali ini.Seronok bila baca Nekcik ke China.

      Ooo buras dan burasak benda sama ya.

      Delete
  6. Assalammualaikum cik manggis...apa khabar? sihat?cucu sihat? he he he...lama sungguh tidak menjengah...cik manggis suka makanan thai yer...nam prakkkk...ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Gearu.Lamanya tak "jumpa" gerau.Ingatkan mana menghilang sunyi sepi,pintu tutup tingkap tutup.Malam tadi pi tengok Jdt main ke hehe.

      Alhamdulillah semuanya sihat dan baik-baik belaka.Ya suka makan masakan Thai..Aroy makk hihi

      Delete
  7. assalam CM
    teringat kat arwah tok long nampak pulut ni
    bila nak raya rajin arwah buat tp sy x ingat apa namanya
    Sb kita Pattani dan dekat ke Kelantan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.Patani lebih kurang Kelantan je kan..dilek hampir sama,masakan hampir sama cuma Orang patani pandai cakap siam kan ..Sawady Krap :)

      Delete
  8. Salam tuan rumah..ronda2 jumpa pulut dakap nii..
    sedapnyer wehh lagi2 kalau pulut dakap pisang :)

    ReplyDelete
  9. Sedap nih CM! PH suka cicah dengan gula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ph ..hehe sama la kita.Jika pulut atau lemang suka cicah gula :)

      Delete
  10. sedapnya kakak..zila suka makan jugak kalau gini tapi buat x reti heehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba lah buat.Senang.Insyallah jadi.Puas makan jika masak sendiri.

      Delete
  11. eh, macam bak chang :) interesting to see bananas in this pulut dakap, looks very good! Tapi lena sekarang ingat balut bak chang pun sudah takut ! hahaha!

    ReplyDelete