Sunday, June 30, 2013

Tako ( Thai Pudding With Coconut Topping)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Selamat petang semua :) Cm dah siap masak kuih Tako,satu lagi kuih dari negara jiran.Pertama kali Cm mencuba kuih kegemaran kami sekeluarga.Dulu pernah cuba buat casing /kotak dari daun pandan tetapi gagal kerana Cm main taram je ikut suka sendiri,Ada lobang di tengah-tengahnya serta bentuk yang herot merot :(.

Kali ini Cm belajar dengan berpandukan step by step dari beberapa buah blog Thai.Alhamdulillah berjaya akhirnya walaupun tak berapa cantik.Nak cantik nampak gayanya botak lah pokok pandan kat tepi rumah ni.Terima kasih pada Puan Neo kerana bawakan daun pandan untuk Cm tengahari tadi.Alhamdulillah.Rezeki.
Thanks to  Wendy kerana berkongsi resipi kuih Tako ini.Cm selalu singgah ke  dapur Wendy jika ingin mencari resipi masakan Cina tetapi kali ini dapat pulak resipi  masakan Thai .

Bahan-bahannya:

Lapisan Pandan:

25 gm tepung Hong kwee.
250 ml air perahan daun pandan.
40 gm gula pasir.
3 biji sengkuang Cina-cincang kasar.


Lapisan Santan:

15 gm tepung hong Kwee
125 ml air.
125 ml santan.
Secubit garam.
40 gm gula pasir.


Cara-caranya:


  • Sediakan bekas /casing dari daun pandan.Cm bentukkan dengan menggunakan daun pandan yang berukuran  7 inci.Jadi saiz kuih Tako ini agak kecil.
  • Satukan semua bahan-bahan untuk adunan pandan ke dalam periuk non stick.Masak dengan api yang perlahan dan hendaklah sentiasa kacau sehingga adunan likat dan berkilat.
  • Sudukan ke dalam  bekas daun pandan agak-agak 1/2 bahagian.
  • Kemudian satukan bahan-bahan bahagian santannya pula.Kacau atas api sehingga pekat dan berkilat,
  • Tuangkan ke atas permukaan adunan pandan tadi .Biarkan adunan sejuk baru masukkan ke dalam peti sejuk.
  • Siap untuk di hidangkan.



Kali ini  sambutan yang diterima sungguh baik,hilang dalam beberapa minit je jadi Insyallah Cm tanda resipi ini untuk Ramadhan yang akan datang  tidak lama lagi :) pening la makan Tako hari-hari .

16 comments:

  1. salam cikmanggis..wah kuih cenggini mmg sesuai utk bulan puasa nnti kan..tp nk wat sendiri tu ada cikit maleh..hehe! nmpak gaya kena beli jerla kt bazaar ramadhan nnti..huhu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.Ya Ina jika orang yang bekerja elok beli je jimat masa tetapi jika masak sendiri keseronokan tu yang lebih hehe.

      Delete
  2. salam cik manggis..

    saya suka sangat makan kuih ni..tambah lagu makan sejuk2 memang sedap.kat sini panggil kuih pelita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betol sebelum makan simpan dulu dalam peti sejuk.nyaman :)

      Delete
  3. Menggoda kuih muih CM..tak dayo den nsk menerainys

    ReplyDelete
  4. Bulan puasa nanti kuih macam inilah yang sedap dimakan.

    ReplyDelete
  5. Rajin le ko membuat bekas tu cm. Kpah letak dalam bekas plastik je hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika rajin buat sendiri bekas tu tp jika malas main masukkan dlm bekas plastik tu kpah :)

      Delete
  6. terliuq tengok tako ni CM nak buat tatau lah bila tapi nak akak nak copy resepi nanti nak buat dgn pulut dakap tu marbeles lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat lah Insyallah senang dan berpuas hati akan hasilnya :)

      Delete
  7. Kuih ni same dgn tepung pelita ka?

    ReplyDelete
  8. Salam perkenalan. Kuih tako ni atau green tako boleh juga dibuat dengan tepung green pea. Saya rasa adunannya lebih licin apabila dikacau dan cantik apabila dikeluarkan dari daun pandan. Selalunya saya akan lipat dan gunting daun pandan dan anak-anak tolong membentuk daun pandan tersebut, cepat sikit siap! :)
    http://fondant-cupcake.com

    ReplyDelete