Wednesday, April 10, 2013

Telur Dadar.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aikk telur dadar pun nak letak kat blog ?..tak apa ..yang simple tak semestinya tak sedap.Jika tak percaya boleh cuba :).....Ini pun masakan Kelantan juga tau :)

Jika ada anak-anak kita yang baru nak belajar memasak atau ada antara kita yang nak tukar citarasa  kelainan telur dadar,bolehlah mencuba resipi Cm ni.Insyallah anda pasti sukakannya.Baunya sungguh wangi.. kombinasi kelapa dan bahan-bahan rencah tu sungguh serasi dengan telur .Dalam kata mudah ianya "Ngam" dengan telur.:)

Bahan-bahannya:

4 biji telur.
5 ulas bawang merah.
1 ulas bawang putih.
3 tangkai cili kering.
1 hiris halia.
1/2 tsp lada hitam( biji.)
3 tbsp kelapa parut.
Garam secukup rasa.

Cara-caranya:


  • Tumbuk cili kering,lada hitam,bawang merah,bawang putih dan halia sehingga hancur.
  • Masukkan kelapa parut dan garam ,tumbuk biar sebati.
  • Pecahkan telur dan pukul ringan dengan garfu.
  • Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi dan dikacau rata.
  • Panaskan minyak  dalam kuali.
  • Tuangkan bancuhan telur ke dalam kuali.Guna api yang perlahan,Tutup kuali dgn penutupnya.
  • Balikkan telur dadar agar ianya masak sekata.
  • Siap.

"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets .

24 comments:

  1. sedapnyaaaaa.. buat utk bekfes pun best.. makan dgn roti.. kan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika telur goreng camni Cm suka makan dengan nasi ketika masih panas :) tak payah lauk lain.

      Delete
  2. as salam kak, nanti singgah umah kita amik award...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslam.Terima kasih Nasya.Lambat sikit sebab nak sewa pick up truck :)

      Delete
  3. wah cikmanggis..mmg sgt istimewa telur dadar akak wat nih..nnti leh try cara gini lak..conpem lg sedap ye kak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah.Anaka-anak suka ni tp jika mak mak je nk makan boleh tambah cili lebih.

      Delete
  4. Memang Nampak sedap tu CK boleh Cuba ni ;-)

    ReplyDelete
  5. salam kak,

    kite pn org kelate..tp xpnh tau telur ni asl kelate..hihi..tp nmpk menarik n uniq..blh cuba t..

    btw, jemput ke blog sy jgk..sy bdk baru belajar nk blogging..:)

    http://vitamindelight.blogspot.com/2013/02/petua-kecantikkan-datin-nor-juma.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba la :)..selamat bebrblog.Welcome welcome semoga memeriahkan lg dunia dapaur maya :).Insyallah nnt Cm datang ya.

      Delete
  6. Asslmkm CM.
    Huaaa..sedap niiiii...Wangi bau kelapa dia. Mak sue dulu2 selalu buat telo mcm ni.Cuma lain skit sbb yg ni letak cili kering. :)

    ReplyDelete
  7. Special telur dadar ni CM... rupa parasnya pun menarik! Dadr bukan sebarang dadar ni...boleh dicuba nanti! Tq for sharing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa khabar Amie?tentunya dah kembali sihat kan.Selamat berpantang.Semoga ibu dan baby sihat.

      Delete
  8. salam CM....maveles nya telur dadar tu ada isi kelapa dlm nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelapa dan lada hitam menambahkan wangi telur dadar ni.

      Delete
  9. Replies
    1. Ya Wendy.kelapa menyebabkan telur dadar ni rasa lemak dan harum.

      Delete
  10. CM, ada kelapa parut, patutlah sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ph suka telur ya hehe.Resipi orang dulu dulu yg ramai anak .Jika nak suruh telur jadi banyak dorang tambah kelapa.Kebetulan sedap pulak bila ada kelapa :)

      Delete
  11. Tak pernah pula cuba letak kelapa parut. Menariknya :).

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah Diana banyak kelapa dan telur ayam kampung.lagi sedap :)Telur itik pun boleh.

      Delete
  12. Wow....kelapa parut dalam telur! Belum pernah cuba tapi tentu saya amat suka. Saya suka bau wangi kelapa. Thanks for sharing your lovely recipe. MaryMoh at http://www.keeplearningkeepsmiling.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah mary tentu ada sukakan rasanya yang lemak dan baunya yang sungguh wangi.Terima kasih kerana sudi singgah di dapur Cm ni :)

      Delete