Friday, April 12, 2013

Solok Lada.




Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Cili solok yang Cm beli pada hari selasa lepas nampak sudah mula nak kecut walaupun disimpan dalam peti sejuk.Niat di hati nak masak solok lada tapi asyik tertangguh je ..kerja bertangguh tak   menjadi.(Peribahasa)...Jadi semalam Cm nekadkan hati dan kumpulkan kerajinan untuk buat solok lada.Memang kemalasan yang teruk:)

Bahan-bahanya:

6 biji Cili hijau.(Cm panggil cili Kelantan)
1 ulas bawang putih.
1 batang serai.
5 ekor ikan kembung-rebus atau panggang dan di ambil isinya sahaja.
5 ulas bawang merah.
1 /2 tsp lada hitam (biji)
1/2 cawan kelapa parut.
1/2 tbsp kerisik.
1/3 cawan santan pekat.
Garam dan gula secukup rasa.

Cara-caranya:


  • Bersihkan cili dan toskan. .Belah  cili  tapi jangan putus dan buangkan bijinya.Ketepikan.
  • Masukkan bawang merah,bawang putih,serai , isi ikan,lada hitam dan kelapa parut dalam food processor.Kisar hingga sebati.
  • Keluarkan dan campurkan keisik,gula dan garam.Lebihkan sedikit gula kerana rasa solok memang manis sedikit baru sedap.Tapi boleh sesuaikan dengan selera masing masing.Jika tak suka manis kurangkan gula.
  • Isikan bahan-bahan kisar kedalam cili belah tadi  dan tekan-tekankan agar padat supaya   tidak terburai semasa memasaknya  nanti.(.Ada orang suka masak dengan santan  dan ada juga  yang suka kukus tanpa santan.)
  • Aturkan solok kedalam periuk dan tuangkan santan pekat.Jangan terlebih santannya ya..agak agak seperti dalam foto diatas.
  • Tutup periuk dan masak sehingga santan kering atau cili layu.


"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets .



12 comments:

  1. Salam cm...kalau saya beli nasi kerabu wajib ada cili solok baru sedap.

    ReplyDelete
  2. CM, cili Kelantan dengan cili hijau yang biasa tu tak sama ke? PH tak pernah rase solok lada. Mesti sedap kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cili untuk solok ni besar dan panjang saiznya.warna hijau.cm jarang jumpa yg masak.
      Alahai....jika dekat cm hantar dua biji solok lada kt ph.:)

      Delete
  3. sedapnya solokkkk.. ni walaupun makanan org kelantan.. tapi org perak pun tau makan gak.. nasi kerabu mmg sodap ada solok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua orang dah pandai makan makanan Kelantan dah Jas ...Sekarang kt mana mana pun ada orang jual masakan Kelantan.Tk payah pergi Kelantan tp jika di sana bahan bahannya cukup jd lebih sedap.

      Delete
  4. sedapnya CM akak suka makan solok ni dgn meratah saja..walaupun bukan orang kelantan sangat suka makan tapi jarang buat sbb banyak songeh heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la kan..Cm pun suka makan macam tu je.Ratah.Sekarang makanan negeri negeri kat Malaysia tidak terhad pada negeri asal,semua orang dah tahu makan dan memasaknya.satu perkembangan yang positif.

      Delete
  5. Susah nak jumpa cili solok kat sini...kalau dapat kita cepat2 buat, tapi kadang2 tu malasnya yang lebih2 he he ehh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cm selalu beli kat pasar tani.Insyallah selalunya ada dijual kat sana.

      Delete
  6. Diana harap banana capsicum yang ditinggalkan di tangan boys di Sungai Buloh selamat supaya bolehlah pertama kali nanti cuba buat solok lada.
    Sebab first time nanti nak buat pengambaran banyak hehehehe....
    Ingat tak dulu CM ajar Diana masak pucuk keledek dengan isi ikan sama ubi...chef Ismanizam sekarang dah pandai rajin buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada projek besar penggambaran makanan ya hehe.Wah lamanya Diana kat KK.Mesti seronok.Balik kg Kiulu tak?Makcik selalu bayangkan nak naik Jambatan yang menyeberangi ke Kiulu yang Diana ceritakan tu...berangan ni :)

      Nizam mesti suka masakan pucuk keledek n keledek taruk ikan sebab tu masakan orang Pantai Timur..pekena dengan budu...pengsan :)

      Delete