Friday, January 4, 2013

Lempeng Kelapa Dengan Sambal Tumis.

Assalamualaikum dan selamat petang.

Hujan lebat betul kat luar tu...perut mula lah terasa lapar memanjang...satu petanda yang kurang baik...timbangan akan naik :(......pagi tadi Cm masak sambal tumis untuk dimakan bersama nasi lemak.Jadi petang ini kitar semula lah sambal tu....cicah dengan lempeng kelapa untuk minum petang...beres...senang kerja Makcik :)

Sebelum letak resipi Cm nak cerita pasal Lempeng ni...emak Cm memang suka masak lempeng masa kami kecik-kecik dulu.Wah sedap sungguh pada masa tu..makan berebut rebut dengan adik beradik Cm yang ramai tu....Tiada sambal tumis pun...cicah gula je...Sedap senghoti :)
Time tu mana ada kuali non stick ke sebagainya.Mak guna kuali yang gedabak besarnya..eh ni cerita 40 tahun plus plus dulu ya :) ketika Cm sekolah rendah........jadi sebiji lempeng yang mak kami buat memang bersaiz XXL...makan sebiji dah boleh pengsan kekenyangan  hehe...sekarang mak dah tua...dah tak ingat dah nak buat lempeng ke atau kuih muih lain.Mak dah mencecah umur 73 thn.Semoga mak tabah...semoga mak kuatkan semangat....semoga mak memperolehi semula kekuatan mak yang dulu.......


Biasanya Cm main campak-campak je bila buat lempeng ni.Bukan eksen kerana  lempeng ni senang memasaknya .Tapi kali ini Cm guna sukatan Mat Gebu.agar senang jika anak anak kat luar sana yang baru nak belajar masak lempeng, boleh lah guna resipi ni...terima kasih En.Mat :)

Bahan-bahannya:

1 1/2 cawan kelapa parut.Cm guna kelapa yang agak muda.
1 cawan tepung gandum.
1/2 tsp baking powder.
1 cawan air (Agak agak lebih kurang ya)
Garam secukup rasa.

Sambal tumis.

Cara-caranya:


  • Satukan semua bahan-bahan di atas kecuali sambal tumis..Jika nampak terlalu pekat tambahkan sedikit air.Rehatkan sekejap.
  • Panaskan kuali non stick yg bersaiz 4 inci.Sapukan sedikit minyak jagung.
  • Sendukkan adunan ke dalam kuali dan masak dengan api yang perlahan.
  • Balik-balikkan agar garing.
  • Lakukan proses yang sama sehingga selesai.

5 comments:

  1. Salam singgah.. elok je lempengnya.. kena buat juga ni ;)

    ReplyDelete
  2. Cantik tersusun lempengnya tu CM... membangkitkan selera, lagilah ada sambal tumis buat pencicahnyha... adehhhh!

    ReplyDelete
  3. salam Cm
    wah akak suka lempeng ni apa lagi cicah sambal huh mmg berkeping2 lesap tu heeee

    ReplyDelete
  4. sedapnya..kalau dpt 2-3 keping mmg berbaloi-baloi nih..

    ReplyDelete
  5. Salam Cm...
    mmg feberet la lempeng nie...cantik pulak tersusun lempeng tue...dapat pulak cicah sambal tumis... :)

    ReplyDelete