Tuesday, January 1, 2013

Ice Cream Durian.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selamat tahun baru Cm ucapkan pada semua kawan kawan geng masak masak dan kawan kawan yang datang bertandang ke dapur Makcik Manggis.Azam tahun baru?tak ada cuma nak jadi insan yang lebih baik dan semoga perjalanan hidup yang hanya tinggal baki baki ni di permudahkan olehNya........
Ok...Ice Cream Durian ni dah lama Cm buat.Tak apa hujan pun hujan lah..Kerana terliurkan Ice Cream AlongRoz punya pasal Cm buat jugak.Hasilnya memang lumayan.Sedap..hampir sama dengan Ice Cream Durian kat Klcc tu hehe.Along Roz Cm minta izin copy  resipi ya :)..minta di halalkan :)..terima kasih daun keladi.


Bahan-bahannya:

250 ml susu cair.
1 1/2 tbsp tepung kastad.
2 tbsp gula pasir.
1/4 tsp garam.
1 biji kuning telur.
200 gm isi durian.
200 ml non diary whip cream.

Cara-caranya:

  • Satukan semua bahan-bahan,kecuali whip cream sehingga sebati.Masak sehingga kental dengan api kecil.Sejukkan.
  • Pukul whip cream sehingga bertanduk.Campurkan dengan kastad tadi sehingga sebati.Masukkan kedalam tupperware dan bekukan selama sehari.
  • Masukkan ice cream kedalam food processor dan blend hingga gebu.
  • Masukkan kembali kedalam tupperware dan bekukan lagi selama sehari.Siap untuk dihidangkan.
  • Untuk dapatkan hasil yang cantik,pastikan ice cream betul-betul beku dan celupkan scoop ke dalam air panas sebelum cedok ice cream....



8 comments:

  1. Replies
    1. Sedap tau..tak tipu jika tak percaya boleh tanya AlongRoz hehe

      Delete
  2. Walaaa.... memang best kan CM....! TQ ya mencuba, syok nya jilat2...hehe

    ReplyDelete
  3. nyummm... nak buat la guna recipe cik manggis... nanges tengok eskrem nie... he3

    ReplyDelete