Tuesday, December 11, 2012

Hokkaido Chiffon Cupcakes Dengan Kastad Durian.(II)

Untuk Resipinya sila ke Sini ya :)..percubaan kali kedua dengan sukatan menggunakan timbang digital yang lebih tepat kerana resipi ini hanya menghasilkan 9 biji cupcakes sahaja.

Hasilnya Alhamdulillah ..sungguh berpuas hati.Kali ini Cm guna kastad durian...memang teramat sedap :) tetapi kepada kawan-kawan yang tak gemar durian bolehlah guna kastad biasa ya...

Resipi ini Cm ambil dari dapur Sonia.Terima kasih Sonia :)


Durian Kastad (Filling)

Bahan-bahannya:

3 tbsp gula halus.
1 tbsp tepung gandum.
1 tbsp tepung jagung.
1 biji telur
1 cawan susu segar.
1 tbsp butter.
2 tbsp isi durian.

Cara-caranya:

Satukan semua bahan-bahan diatas kedalam mangkuk dan kacau hingga sebati (Kecuali butter).Kemudian tapiskan ke dalam periuk.Semasa menapis hendaklah dilenyek lenyekkan isi durian agar hancur melalui penapis.

 Masukkan butter dan masak dengan api yang sederhana .jangan lupa ya, hendaklah sentiasa mengacau agar kastad tidak berketul-ketul dan hangus.Kacau sehingga masak.

Sejukkan terlebih dahulu sebelum di paipkan ke atas kek.

Alhamdulillah sungguh berpuas hati.Resipi ini pastinya akan jadi kegemaran Cm....jangan terkejut jika ada lagi n3 resipi yang sama :)

7 comments:

  1. perghhhh..mmg x tahan sehh cikmanggis!! nk kenen 2 ketui..ada lg x?

    ReplyDelete
  2. Terima kasih banyak-banyak CM for your shout-out. Suami saya juga suka durian, semalam baru beli sahaja, dia panggil saya encore Choux durian, maybe I suggest him to try this Hokkaido Cupcake with durian cream instead, hehehe..

    ReplyDelete
  3. wahhhhh!!! sedappp!!! tun blom penah wat lagi hokkaido chiffon cupcake nih.. penah makan sekali, beli je. repepi sikit punya lama duk dlm queue.. hihi.. lepas durian kastad sure triple sedap nih.

    ReplyDelete
  4. salam CM ...ari tu kita buat huduh lak kejadiannya...tapi rase memang superb....boleh trai resipi lak!!...cute lah kertas cc tuh!pink u!

    ReplyDelete
  5. Salam cm...dahlah nampak cantik, perasa durian dah tentu sedappp.....

    Saya ambik ya recepinya ...tq.

    ReplyDelete
  6. Salam CM...
    saya dah pernah HCC nih dgn custard...tapi ada satu masalah yg mana kek ni akan mengecut sikit bila keluar dr oven...tapi hasil yg CM buat ni cantik..boleh kasi petua sikit??

    ReplyDelete
  7. nak sikit..nak sikit...mabeles sgt ...

    ReplyDelete