Tuesday, November 1, 2011

Tapai Ubi Kayu /Fermented Tapioca

Assalamualaikum dan selamat  sejahtera:)


Pagi yang penuh ceria:) kerana misi membuat Tapai Ubi Kayu telah berjaya.Bila tengok tapai ini Cm terkenang pada jiran Emak   di kampung yang dikenali ramai kerana keenakan tapai ubi buatannya.Jika sebut nama  Mok Noh Pok Loh pasti semua orang kampung Cm kenal.Beliau akan menjaja tapai dari rumah kerumah dengan menjunjung bakul tapai  diatas kepalanya.Setiap kali singgah di rumah emak  pastinya Mak akan membelinya.Sedap sungguh.Tapainya pejal dan sangat manis.Lihat lah tapai buatan Cm ni..pejal dan sungguh manis dapat lawan tapai Mok Noh hehe
Sebelum Cm kongsi resepi tapai ni Cm nak ucapkan terima kasih pada Along Roz kerana Cm ambik resepi dari dapur Along .Thank you Along:)
Bahan-bahannya:

1 kg ubi kayu
1 keping ragi (15 gm sekeping)
2 tbsp gula pasir.
Cara-caranya:

  • Kupas kulit ubi kayu dan potong mengikut saiz yang dikehendaki.
  • Cuci/basuh  dengan teliti agar tiada sedikit pun kotoran yang tinggal.
  • Rebus ubi sehingga 3/4 masak.(agak-agak)
  • Toskan airnya,ketepikan  dan biarkan betul betul sejuk.
  • Tumbuk ragi hingga hancur dan ayak ragi  agar tidak berketul ketul.
  • Gaul ragi dengan gula dan taburkan keatas ubi rebus tadi.Tabur biar rata.
  • Guna bekas yang bertutup dan biarkan di tempat agak gelap selama 36 jam.
Inilah hasilnya.Cm dah makan 2 ketul dan rasanya sedap sangat.Lupa pesanan doktor agar jangan makan makanan yang manis manis hehe:)

Komen:Sangat sedap tak percaya dapat hasilkan tapai yang sungguh manis dan pejal.Mengikut petua orang tua-tua kualiti ragi(yeast tapai) sangat penting untuk dapatkan hasil tapai yang sedap.Selamat mencuba dan tunggu menu seterusnya dari tapai:)

11 comments:

  1. Putih melepak ubi CM tu.....mesti sodap, zana kalau makan tapai ubi, boleh lupa diri kjp. Tapi susahnya nak jumpa tapai yg sedap...huhu..nak skit!

    ReplyDelete
  2. waaahh... lama sgt x makan tapai ubi.. dulu2 kt kampung selalu beli kat pasar. nk buat sendiri x pandai. hehe..

    ReplyDelete
  3. Tahniah CM dah menjadi pun tapai tu! TQ mencuba resepi Along & tumpang gembira. Lagi lama simpan dalam petisejuk, makin manis jadi nya! Nanti jgn lupa cuba buat kuih-muih dari tapai pula tau. Sodaaap!

    ReplyDelete
  4. kak cm..tungguuuuu ilah nak terbang ke P>J nak makan tapai kesukaan ilah... tapi tak leh byk2nanti angin huhuuu..mmg cantik putih bersih...tahniah kekandakusss

    ReplyDelete
  5. Salam, Che Mid teringat Nyai ( nenek ) kecik-kecik dulu selalu tolong dia buat tapai untuk jualan..tolong dia susun ubi panas utk disejukkan..

    ReplyDelete
  6. aduuuuh...mau cuba lah ini tapai ubi dong.menggoda jiwa betul ni kak cm..mesti buat gak suatu hari nanti.:)))

    ReplyDelete
  7. salam kak...
    selalu silent reader jek tapi kali nih tergugat nak komen gak.... kak cuba goreng tapai ubi kak... mabelesss

    ReplyDelete
  8. Zanafahmai..untuk dapatkan tapai yang putih kena guna ubu kayu yang kualiti dan cuci mesti dengan teliti.Selalunya ubi kayu boleh kita beli di pasar tani.


    Tun telani...Akak pun dah lama tak makan tapi ubi kayu dah berzaman.Alhamdulillah akhirnya dapat jugak..lebih manis bila buat sendiri:)


    HomeKreation..Alhamdulillah tercapai jua cita cita nak buat tapai sendiri .Terima kasih Along.Pasni Cm nak masuk dapur Along lg sb banyak resepi berasaskan tapai kat dapur Along tu hehe.Minta izin ya..


    ilahjy..naik jet pejuang mai sini hehe.Terima kasih Ilah:)


    che mid..makanan orang orang lama ni menggamit memori:) teringat kat emak kat kg yang suka makan tapai ubi kayu ni.


    Anymz..cuba jangan tak cuba.Insyallah jadi.


    Myheart..terima kasih sebab sudi baca blog makcikmanggis ni..mmg sedap tapai di goreng.Insyallah.Esok lusa nak goreng:)

    ReplyDelete
  9. Teringat kat arwah nenek sebelah mak. Arwah nenek dulu pandai sangat buat tapai sampai masa musim keramaian orang selalu cari arwah nak beli tapai dia.

    ReplyDelete
  10. salam kak ... start jadi silent reader bila tgk kebun makcik cm teringat mak n abah kat kampung...

    ReplyDelete