Tuesday, November 1, 2011

Ambong Pelangi.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Ini lah menu minum petang kami.Ambong Pelangi kuih tradisi orang Kelantan.Kuih ni hampir sama dengan kuih masyarakat kaum Cina yang di kenali sebagai Ci Tan Kou  atau Steamed Egg Sponge Cake.Anda boleh ke blog Sonia untuk melihat nya.Terima kasih Sonia.

Bahan-bahannya:

1 mangkuk telur.
1 mangkuk gula.
1 mangkuk tepung gandum-ayak
1/2 tsp perisa rose
sedikit warna hijau.
Cara-caranya:)

  • Pukul telur dan gula hingga kembang dan kental.
  • Masukkan perisa ros dan pukul lagi sekejap.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan senduk kayu.Kaup balikkan  hingga adunan sebati.
  • Ambil sedikit adunan dan warnakan dengan warna hijau.
  • Tuangkan sedikit adunan kedalam loyang yang di alas dengan kertas minyak.Selang seli dengan warna hijau.
  • Kukus selama 40 minit atau sehingga masak.
Cm ucapkan terima kasi pada Fzi kerana Cm ambil resepi dari dapurnya.Terima kasih Fzi.Jika inginkan resepi ori dari negeri Cik Siti Wan Kembang silalah ke dapur Fzi.

Komen:)..Cm suka kuih ni(mana ada makanan yang Cm tak suka kan hehe) tapi lain kali kena kurangkan sikit gulanya. Lebih sedap jika rasa manis manis buah je .lebih sihat.Pesanan..guna mangkuk yang sama saiznya untuk menyukat bahan-bahannya.Selamat mencuba.

10 comments:

  1. akak....
    sedapnya tengok kuih tu..
    macam apam pun ada..he3

    ReplyDelete
  2. tu ler kan.. ingatkan apam tadi.. tp nampak sedap ler... cantik plak tu...

    ReplyDelete
  3. nampak gebus dan lembut jer...lebih mcm apam pelangi juga kot kak CM?..harus dicuba ni:)

    ReplyDelete
  4. mak aii... semangkuk telur! bape bijik tu kak cm? hehe.. mcm pernah makn.. tp xtau la kalau yg tun mkn tu apam biasa. xtau beza.. hehe..

    ReplyDelete
  5. Assallamualaikum CM..
    Ala comelnya yg dalam cuppies tu.. Dahla warna pun sweet.. Gebunya kak..

    ReplyDelete
  6. AsSalam CM..
    Ohh gebus nyer nampak ambong tu kak.. memang sedap tuh makan saing ngan kopi-O cap Hang Tuah.. hehe
    Tq kak sudi linkkan resepi.. :)

    ReplyDelete
  7. rajin CM wat kuih..gebu je ambong pelangi ni..terasa2 kt tekak bila digigit

    ReplyDelete
  8. Salam cm..rupa dia macam apam ya tentu sedap rasanya.

    ReplyDelete
  9. Mas..lembut dan gebu.akak buat untuk di frozenkan.Bila ada tetamu datang keluarkan dan kukus:)


    Chik Att..sedara mara apam ni..buat lah insyallah jadi.


    Diana Melley mey..gebu cam apam:)



    Nieza..adik beradi apam pelangi ni:)suku sakat dia.



    tun telani..jika orang kelantan pasti tahu ni.Terpulang pada saiz mangkuk Tun..jika guna cawan pun boleh.Insyallah.Jika nak makan sorang Cawan dah mencukupi.


    Naz.. wslm..terima kasih naz:)


    fzi.. wslm...aaa ni lah tuan resepinya:)..terima kasih fzi kerana sudi berkongsi resepi yang menarik ini.


    kzai..angin rajin tengah datang ni kzai..jika angin malas melanda pun..siap:)siap tak masak hehe.


    Zaitun..wslm..jenis jenis apam la agaknya ni.tapi jika Zai nak buat kurangkan sikit gula ya.

    ReplyDelete